Isu bendera terbalik: Pemuda DAP pula bidas Akmal sebagai tak konsisten

August 5, 2025 · Politik

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengecam Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh sebagai tidak konsisten dan hipokrit dalam menangani isu bendera terbalik di Port Dickson baru-baru ini.

Penolong Setiausaha DAPSY Kebangsaan, Edmund Lim menyifatkan tindakan Akmal yang terlalu agresif mengutuk sekolah berkenaan sebagai tidak seimbang, memandangkan beliau didakwa bersikap lembap ketika kesalahan sama melibatkan pihak berkaitan PAS.

“Rakyat perlukan pemimpin yang tenang dan menyatukan, bukan yang sibuk meniup api perpecahan hanya untuk populariti politik,” tegas Lim dalam kenyataan media hari ini.

Lim mempersoalkan mengapa Akmal begitu lantang mengkritik kesilapan pekerja OKU yang memasang bendera, tetapi diam seribu bahasa ketika insiden serupa melibatkan penyokong parti tertentu.

“Akmal pantas menjerit tentang maruah negara dalam isu ini, tetapi tiba-tiba menjadi bisu ketika kesalahan sama dilakukan oleh kumpulan yang rapat dengan PAS. Ini jelas menunjukkan sikap double standard,” katanya.

Lim menegaskan Kerajaan Perpaduan kini lebih fokus kepada pemulihan ekonomi dan kebajikan rakyat berbanding mempolitikkan isu remeh.

“Sedangkan kita sibuk membina ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan, masih ada yang lebih gemar mengejar publisiti murahan dengan memanipulasi isu sensitif,” ujarnya.

Beliau menggesa Akmal menunjukkan kepimpinan yang lebih matang dalam mempertahankan maruah Jalur Gemilang.

“Jika benar mahu mempertahankan bendera negara, lakukan dengan ikhlas dan konsisten. Jangan hanya pandai mengecam ketika ia menguntungkan politik peribadi,” tambah Lim.

Kejadian bendera terbalik berlaku di sebuah sekolah menengah Port Dickson pada akhir Julai lalu, menyebabkan kecaman meluas di media sosial.

Pihak sekolah telah memohon maaf dan menjelaskan kesilapan itu tidak disengajakan. Polis turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan berhubung insiden tersebut.

Lim yakin rakyat mampu menilai sendiri sikap sebenar pemimpin yang hanya mementingkan publisiti berbanding kerja keras membangunkan negara.

“Rakyat hari ini terlalu bijak untuk diperdaya dengan permainan politik murahan seperti ini,” tegasnya.

Berita berkaitan
Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid
2 jam lalu· Politik
UMNO berpendirian sebarang program hiburan perlu ada batas: Zahid
2 jam lalu· Politik
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
22 jam lalu· Politik
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi dipanggil ke SPRM pada Isnin beri keterangan
2 jam lalu · Politik
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
22 jam lalu · Politik
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
April 30, 2026 · Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
April 30, 2026 · Politik
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
April 30, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok