Fahmi bidas MP Pendang ‘ketandusan idea’ main isu Bumiptera dalam RMK13

August 7, 2025 · Politik

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil menempelak dakwaan Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim yang mengatakan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mengabaikan kepentingan Bumiputera dan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai ‘ketandusan idea’ wakil rakyat pembangkang itu.

Dalam episod terbaharu siri audio ‘Hello Malaysia’, Fahmi menegaskan kerajaan tetap komited memacu pembangunan Bumiputera melalui Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 yang akan diintegrasikan dalam RMK13.

“Isunya pelaksanaan. Kita ingin elakkan pengumpulan kekayaan dalam satu kelompok sahaja, sambil memastikan manfaat sampai kepada sebanyak mungkin Bumiputera,” jelas Menteri Komunikasi tersebut.

Beliau menyifatkan hujah Awang tentang keutamaan Kampung Baru Cina sebagai cubaan “menakut-nakutkan” rakyat semata-mata.

“Dia ketandusan idea… Satu-satunya kebolehan dia hanyalah menabur momokan kerana tiada alternatif lain sebagai pembangkang,” sindir Fahmi.

Kontroversi ini tercetus selepas Awang dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin lalu mengaitkan rusuhan kaum 13 Mei 1969 sebagai peringatan kepada kerajaan, sambil mempersoalkan ketiadaan pelan khusus untuk Bumiputera dalam RMK13 berbanding inisiatif untuk Kampung Baru Cina.

Tindakan itu mencetuskan kekecohan apabila Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer meminta Timbalan Speaker Alice Lau mengarahkan Awang menarik balik kenyataannya.

Speaker Dewan Rakyat, Johari kini sedang menimbang sama ada untuk mengambil tindakan terhadap Awang yang menggunakan sentimen 13 Mei dalam perbahasan.

Fahmi dalam penjelasannya menekankan bahawa RMK13 dirangka untuk memastikan kesaksamaan peluang dalam pendidikan, pekerjaan dan pemilikan aset tanpa mengira kaum, dengan pendekatan lebih holistik berbanding tempoh sebelumnya.

Berita berkaitan
Cadangan kekalkan kuota BUDI95 kepada pengamal media akan dibincang: Fahmi
5 jam lalu· Isu semasa
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
April 16, 2026· Politik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
April 15, 2026· Politik
Speaker belum terima surat letak jawatan Ketua Pembangkang: Laporan
April 15, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
1 jam lalu · Politik
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
1 jam lalu · Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
5 jam lalu · Politik
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
5 jam lalu · Politik
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok