Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik

September 5, 2026 · Politik

Kerajaan Perpaduan perlu diberi ruang untuk menghabiskan penggal pentadbiran sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) diadakan, terutama bagi memastikan agenda reformasi yang dirancang dapat diteruskan.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata tumpuan ketika ini sepatutnya diberikan kepada usaha memperbaiki pentadbiran dan negara, bukannya mempercepatkan pilihan raya demi kepentingan politik pihak tertentu.

Menurutnya, rakyat wajar diberikan peluang menilai prestasi kerajaan selepas keseluruhan agenda reformasi dilaksanakan.

“Sampai bila lagi kita masih asyik dengan isu memendekkan penggal demi mereka yang kemaruk dengan kuasa.

“Biarlah kerajaan ini meneruskan reformasi dan memperelokkan semula negara. Sesudah itu biar rakyat menilai sebaiknya di kertas undi,” katanya.

Kenyataan Fuziah itu hadir ketika isu tarikh PRU16 semakin mendapat perhatian susulan beberapa kenyataan pemimpin parti politik yang bersedia menghadapi pilihan raya sekiranya ia dipanggil lebih awal.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini menyatakan parti itu bersedia menghadapi PRU-16 pada bila-bila masa, termasuk sekiranya pilihan raya diadakan lebih awal daripada tempoh ditetapkan.

PAS juga dilaporkan sudah membuat persiapan menghadapi pilihan raya, termasuk dari segi pemilihan calon.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda Parti Amanah, Mohd Hasbie Muda turut berpandangan tiada keperluan untuk PRU-16 dipercepatkan ketika Kerajaan Perpaduan masih mempunyai majoriti kukuh di Parlimen.

Beliau berkata, penggal Parlimen juga masih berbaki lebih setahun, selain pilihan raya lazimnya diadakan selepas tempoh pemerintahan berakhir atau apabila kerajaan berdepan ketidaktentuan majoriti.

“Tak ada keperluan untuk PRU-16 dipercepatkan sebab kerajaan sekarang ada majoriti yang cukup besar.

“Sekarang ini tidak ada isu sebab Kerajaan Perpaduan ada hampir dua pertiga majoriti. Jadi, tidak ada keperluan untuk memanggil pilihan raya,” katanya.

Mohd Hasbie bagaimanapun berkata, Amanah tidak mempunyai masalah sekiranya Perdana Menteri Anwar Ibrahim memutuskan untuk mengadakan PRU-16 lebih awal.

Namun, katanya, kerajaan perlu terlebih dahulu meneruskan agenda reformasi termasuk usaha membanteras rasuah serta memastikan kes penyelewengan disiasat dan diselesaikan.

“Kalau kita selesai usaha membanteras rasuah dan siasatan berkaitan juga diselesaikan, saya rasa barulah sesuai untuk kita adakan pilihan raya,” katanya.

Beliau turut mendakwa desakan supaya PRU16 diadakan lebih awal mungkin datang daripada kelompok yang bimbang dengan tindakan tegas kerajaan terhadap isu rasuah.

“Kalau mereka tidak terlibat atau tidak ada kaitan dengan kerja-kerja rasuah, mereka tidak perlu takut. Amanah sangat mengalu-alukan tindakan tegas kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
8 jam lalu· Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
13 jam lalu· Politik
Belanjawan 2027: RM510 bilion untuk rakyat dan masa depan ekonomi
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar bentang Belanjawan 2027 petang ini, kos sara hidup jadi fokus
October 9, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
8 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
15 jam lalu · Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026 · Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026 · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok