Agong berangkat pulang ke tanah air, akhiri lawatan negara di Rusia: Laporan

August 10, 2025 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air pada Ahad selepas mengakhiri lawatan negara enam hari di Rusia.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan pada 11.08 pagi.

Mengiringi Sultan Ibrahim ke lapangan terbang berkenaan ialah Rais (Presiden) Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov.

Lawatan negara yang bermula dari 5 Ogos lepas, adalah atas undangan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Pada 6 Ogos, Yang di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Kremlin Moscow, yang disambut secara rasmi oleh Putin, disusuli pertemuan rasmi kedua-dua pemimpin.

Di Moscow, Sultan Ibrahim berangkat melawat Pusat Pembangunan Teknologi Automotif Rusia (NAMI) untuk meninjau kemajuan teknologi automotif Rusia.

Seri Paduka Baginda juga mengadakan lawatan ke Tochka Kipeniya, sebuah pusat teknologi dan inovasi di negara itu, serta memperoleh maklumat mengenai teknologi dron Rusia.

Selepas mengakhiri program di Moscow, Sultan Ibrahim berangkat ke Kazan, ibu negeri Tatarstan bagi segmen kedua lawatan negara, dan menerima menghadap Minnikhanov di Istana Presiden Kremlin Kazan.

Kunjungan ini ialah lawatan negara pertama oleh Ketua Negara Malaysia ke Rusia, yang disifatkan sebagai kemuncak hubungan diplomatik lebih lima dekad antara dua negara, yang terjalin pada 1967.

Lawatan ini juga menunjukkan peranan institusi diraja Malaysia yang sangat penting dalam konteks hubungan antarabangsa. – Bernama

Berita berkaitan
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
May 1, 2026· Isu semasa
Misi Flotilla Gaza 2.0: 10 warga Malaysia disahkan terputus hubungan
April 30, 2026· Isu semasa
Abdul Halim akan terajui SPRM selama dua tahun: PMX
April 25, 2026· Isu semasa
Rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara di Jepun selama 4 tahun
April 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
10 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
10 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
11 jam lalu · Isu semasa
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
May 1, 2026 · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
May 1, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok