Isu bankrap.
Seramai 4,194 penjawat awam telah diisytihar bankrap sejak tahun 2020 hingga Jun 2025, menurut data Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI). Angka ini mewakili 0.3 peratus daripada 1.6 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Yin menjelaskan masalah kewangan ini kebanyakannya berpunca daripada komitmen hutang yang tinggi dan kenaikan kos sara hidup.
Namun, kerajaan sentiasa memantau situasi ini dan menyediakan bantuan melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantu penjawat awam mengurus kewangan dengan lebih baik.
“Kerajaan telah meningkatkan gaji penjawat awam melalui Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan memperkenalkan program Payung Rahmah dengan peruntukan RM100 bagi meringankan beban hidup,” jelas Hui Ying semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai langkah kerajaan menangani peningkatan hutang isi rumah, terutamanya dalam kalangan penjawat awam.
Hui Ying menegaskan bahawa walaupun jumlah hutang isi rumah negara mencecah RM1.65 trilion (84.3% KDNK), kedudukan kewangan masih terkawal kerana aset kewangan isi rumah lebih tinggi iaitu RM3.45 trilion.
“Sebanyak 61.1% hutang isi rumah terdiri daripada pinjaman perumahan, dan kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk mengukuhkan daya tahan kewangan rakyat,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai isu kemampuan milik rumah di Johor, Hui Ying mengakui bahawa harga rumah di kawasan seperti Johor Bahru lebih tinggi berbanding tempat lain.
“Kerajaan telah melaksanakan program perumahan mampu milik seperti Residensi Madani dan PR1MA untuk membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Kami akan terus mengkaji langkah-langkah tambahan bagi memastikan lebih ramai rakyat mampu memiliki rumah,” jelasnya.
Kerajaan berharap langkah-langkah ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan penjawat awam dan meningkatkan kestabilan ekonomi isi rumah.
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum