Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh.
DAPSY Negeri Sembilan membidas tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh, yang didakwa mempolitikkan isu Jalur Gemilang secara melampau sehingga menyemai benih politik kebencian dalam kalangan rakyat.
Dalam kenyataan rasmi, DAPSY Negeri Sembilan berkata tindakan Akmal seolah-olah menggambarkan hanya satu kaum sahaja yang patriotik, sedangkan semangat cinta negara sepatutnya menyatukan semua rakyat tanpa mengira latar belakang.
“Yang lebih menyedihkan, tindakan keras hanya ditujukan kepada peniaga kecil, sedangkan kesalahan serupa yang melibatkan Pemuda UMNO atau sekutunya sering diabaikan. Ini jelas menunjukkan sikap pilih kasih yang tidak adil,” tegas kenyataan tersebut.
DAPSY turut membangkitkan kesan buruk daripada tindakan Akmal, termasuk ketakutan rakyat untuk mengibarkan Jalur Gemilang serta gangguan terhadap ketenteraman awam.
Beberapa peniaga terpaksa menutup premis lebih awal akibat suasana tegang yang ditimbulkan.
“Politik kebencian seperti ini bukan sahaja merosakkan perpaduan, malah mencabar kedaulatan undang-undang. Patriotisme tidak sepatutnya dijadikan alat untuk memecahbelahkan rakyat,” tambah kenyataan itu.
Sehubungan itu, DAPSY Negeri Sembilan menggesa kepimpinan DAP dan DAPSY Kebangsaan untuk mengambil tindakan tegas dengan memutuskan sebarang hubungan politik dengan Akmal.
Langkah ini penting bagi memastikan konsistensi perjuangan menolak politik kebencian.
Mereka juga menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang menyeru tindakan tegas terhadap budaya buli, hasutan, serta penghinaan berasaskan kaum dan agama.
“Kita perlu bersama-sama memelihara keharmonian negara dan menolak sebarang bentuk provokasi yang boleh merosakkan hubungan antara kaum,” tegas DAPSY Negeri Sembilan lagi.
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan