Tak perlu takut kibar Jalur Gemilang, Fahmi gesa jaga keharmonian

August 17, 2025 · Isu semasa

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil menyeru rakyat agar terus mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga sempena sambutan bulan Kemerdekaan, meskipun baru-baru ini tercetus kontroversi berhubung kesilapan pemasangan bendera kebangsaan.

Menteri Komunikasi itu berkata masyarakat tidak perlu merasa takut atau risau sekiranya tersilap memasang bendera, sebaliknya menggesa semua pihak membantu membetulkan keadaan secara baik tanpa perlu melakukan ugutan atau tindakan kasar.

“Ada yang menyampaikan kebimbangan kepada saya, takut sekiranya tersilap pasang bendera nanti akan diganggu atau dibuli oleh kumpulan tertentu. Saya ingin tekankan di sini – jangan takut untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

“Malah, kita harus berbangga dengan bendera kebangsaan kita,” ujar Fahmi ketika berucap dalam Program Penyemarakan Seni Budaya @ Komuniti Pantai Dalam 2025 di PPR Kerinchi, Lembah Pantai pada Ahad.

Fahmi berkongsi pengalaman peribadi bagaimana beliau sendiri sering membantu membetulkan pemasangan Jalur Gemilang di kawasan kejiranannya yang kelihatan condong atau tidak kemas.

“Sebagai rakyat Malaysia, apabila kita melihat Jalur Gemilang yang terpasang tidak betul, tak perlu sampai mengugut atau mengancam.

“Bantulah dengan baik untuk membetulkannya. Inilah semangat sebenar kemasyarakatan yang perlu kita amalkan,” jelasnya.

Beliau menekankan pentingnya rakyat Malaysia terus hidup dalam suasana harmoni dan saling memahami, sambil tetap mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

“Kita meraikan bulan Kemerdekaan ini dengan semangat muhibah dan perpaduan. Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga sebagai rakyat Malaysia,” tambah Fahmi, sambil mengingatkan bahawa semangat patriotisme perlu dizahirkan dengan cara yang positif dan membina.

Program yang dihadiri Fahmi itu turut menyaksikan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian tempatan, menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan penduduk setempat.

Berita berkaitan
Eksploitasi seksual kanak-kanak: MCMC, PDRM tingkat kerjasama
2 jam lalu· Isu semasa
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
8 jam lalu· Isu semasa
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
September 22, 2026· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
September 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Bekas COO Tabung Haji didakwa terima kos ubah suai RM302,499: Bernama
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus terbuka pelaburan teknologi China: Anwar
2 jam lalu · Isu semasa
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
September 23, 2026 · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
September 23, 2026 · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
September 23, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok