Orang ramai hari ini mula menerima notifikasi kecemasan menerusi ujian Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bermula 10.10 hingga 10.30 pagi ini.
Ujian berkenaan diadakan bagi menguji keupayaan sistem itu menyalurkan notifikasi kecemasan secara pantas kepada telefon bimbit pengguna.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini hadir meninjau sesi ujian MySiren di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Kampung Pulau Meranti, di Kuala Lumpur.
MySiren ialah Sistem Amaran Awal (EWS) Malaysia yang dibangunkan untuk memberi amaran kepada orang ramai semasa kecemasan, supaya mereka dapat mengambil tindakan segera bagi melindungi nyawa dan harta benda. – Bernama
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
Isu seludup dadah TUDM: Anwar gesa jangan lindungi pengkhianat dalam pasukan keselamatan
Malaysia perlu tingkat kewaspadaan keselamatan: Anwar
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib