Peruntukan tambahan RM100 juta fokus pembangunan semula Gaza: Fahmi

August 25, 2025 · Isu semasa

Peruntukan tambahan RM100 juta untuk membantu rakyat Palestin di Gaza akan memberi tumpuan kepada proses pembangunan semula wilayah yang musnah akibat peperangan, berbeza dengan bantuan sebelum ini yang lebih tertumpu kepada bekalan makanan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan perubahan pendekatan ini dibuat setelah mengambil iktibar daripada pengalaman lalu dimana bantuan makanan yang disalurkan terbazir akibat sekatan ketat rejim Zionis.

“Kali ini fokusnya mungkin berbeza iaitu ke arah usaha membangunkan semula Gaza dan saya percaya ia boleh dilakukan dengan kerjasama rakan antarabangsa termasuk Jepun,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi hari ini.

Fahmi menegaskan bahawa kerajaan memberikan jaminan komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin tidak berubah, malah diperkukuh dengan pemberian dana tambahan ini.

“Pendirian Malaysia tentang kemerdekaan Palestin tidak berubah dan tidak ada prasyarat, ia tidak bergantung kepada keadaan,” tegasnya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta tersebut semasa berucap pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka malam tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan ia merupakan komitmen berterusan Malaysia dalam membela nasib rakyat Palestin dan menggesa lebih banyak syarikat korporat menyumbang kepada usaha kemanusiaan ini.

Berita berkaitan
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
20 jam lalu· Isu semasa
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
21 jam lalu· Politik
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
October 25, 2026 · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
5 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
7 jam lalu · Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
7 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
October 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok