Kes hasutan: Bukit Aman kenal pasti dua pemilik akaun TikTok fitnah PMX

September 3, 2025 · Politik

Polis telah mengenal pasti pemilik dua akaun TikTok yang disyaki terbabit dalam penyebaran hantaran berunsur hasutan dan dakwaan tidak benar yang ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M Kumar berkata akaun berkenaan ialah Muhammad Zamis Shah @zamis88_shah98_sikacau yang membuat hantaran mengenai kematian Zara Qairina Mahathir dan Monkey Dnaga yang mengaitkan perdana menteri dengan Israel.

“Kertas siasatan terhadap dua kes ini telah dibuka. Pemilik akaun terbabit telah dikenal pasti dan tiada sebarang kaitan antara mereka.

“Usaha mengesan suspek kini giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kumar berkata siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5 Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dia menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap individu yang membuat, memuat naik, berkongsi dan menyebarkan hantaran berunsur hasutan, berita palsu atau kandungan yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta menggugat keharmonian masyarakat. – Bernama

Berita berkaitan
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
13 jam lalu· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
15 jam lalu· Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
15 jam lalu· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
17 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
7 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
7 jam lalu · Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
7 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
13 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok