Allahyarham Bung Moktar Radin, dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad.
Bung Moktar Radin memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu hanya mengetahui mengenai penerimaan wang pengenalan sebanyak RM2.8 juta oleh isterinya,Zizie Izette A Samad, selepas dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahli Parlimen Kinabatangan itu memberikan keterangan tersebut pada hari kedua prosiding pembelaan diri beliau berhubung tiga kes rasuah yang dihadapinya semasa dipengerusikan oleh Hakim Rosli Ahmad hari ini.
Peguam: Datin Seri Zizie Izette tidak akan memberitahu berapa pendapatannya?
Bung Moktar: Benar tidak pernah.
Peguam: Saya cadangkan, Datin Seri Zizie Izette juga tidak beritahu mengenai pelaburan yang beliau buat?
Bung Moktar: Benar.
Peguam: Setujukah, Datuk Seri tidak pernah berbincang mengenai urusan rasmi, termasuk kerja-kerja dalam Felcra Berhad dengan Datin Seri Zizie Izette.
Bung Moktar: Setuju.
Isterinya turut didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dalam kes yang sama.
Bung Moktar yang juga bekas Menteri Kerja Raya Sabah memberitahu Mahkamah yang dipengerusikan Hakim Rosli Ahmad bahawa Zizie Izette tidak pernah memaklumkan kepadanya mengenai wang tersebut yang diterima daripada dua ejen pelaburan Public Mutual.
Beliau bersetuju dengan cadangan peguamnya, K Kumaraendran yang mewakili Zizie Izette, bahawa beliau tidak campur tangan dalam urusan kerja isterinya kerana menghormati kebebasan peribadinya.
Bung Moktar mengakui mereka tidak pernah berbincang mengenai urusan rasmi, termasuk kerja-kerja di Felcra Berhad, mahupun hal ehwal Parlimen.
Pada prosiding sebelumnya pada 27 Januari 2022, seorang perunding unit amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, memberitahu mahkamah Zizie Izette layak menerima wang pengenalan tersebut kerana memperkenalkan suaminya kepada Felcra untuk pelaburan RM150 juta dalam unit amanah.
Bung Moktar didakwa atas tiga pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan pada Jun 2015, melibatkan penerimaan suapan berjumlah lebih RM2.7 juta sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan pelaburan Felcra.
Kesalahan tersebut didakwa mengikut Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.
Prosiding kes ini diteruskan pada jam 2 petang.
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
Mahkamah sekat Papagomo sebar kandungan didakwa memudaratkan
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar