Perdana Menteri Anwar Ibrahim berjabat tangan dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong Un semasa menyertai perarakan Hari Kemenangan China.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sempat bertemu dan bertegur sapa dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ketika menyertai perarakan Hari Kemenangan China bagi memperingati 80 tahun berakhirnya Perang Dunia Kedua, di Dataran Tiananmen, Beijing, China, pagi tadi.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata sempat berjabat tangan dan bertegur sapa dengan pemimpin tertinggi Korea Utara itu.
“Secara kebetulan ketemu ketua pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un yang turut hadir menyaksikan perarakan di Dataran Tiananmen. Sempat salam dan tegur sapa,” kata beliau.
Terdahulu, Anwar dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di dataran itu pada 8.30 pagi dan disambut Presiden China Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan.
Menurut Kementerian Luar China, sebanyak 26 pemimpin asing menghadiri perarakan ketenteraan berskala besar itu termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Raja Kemboja Norodom Sihamoni, Presiden Mongolia Ukhnaa Khurelsukh, Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Pemangku Presiden Myanmar Min Aung Hlaing.
Puluhan ribu orang turut menghadiri acara peringatan itu yang disiarkan secara langsung oleh media China. – Bernama
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?