Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan penting dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi, dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor sebelum ini di pejabatnya Putrajaya.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Harapan (PH) akan terus menjalankan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.
Anwar yang juga Pengerusi PH berkata pihaknya menghormati sepenuhnya keputusan yang dibuat oleh UMNO dan BN untuk tidak menjalinkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan GRS dalam pilihan raya berkenaan.
Bagaimanapun Anwar menjelaskan PH tetap komited untuk bekerjasama dengan BN dan pada masa yang sama akan meneruskan dialog dengan GRS.
“Ya, Datuk Seri Zahid maklum dengan saya (mengenai keputusan untuk tidak bekerjasama dengan GRS). Dalam perundingan itu nampak buntu.
“Kita doakan mudah-mudahan dalam bentuk kesepakatan. Tapi itu, kita hormati keputusan BN,” katanya ketika berucap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling, hari ini.
Terdahulu, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi mereka tidak akan bekerjasama dengan GRS dan menegaskan pendirian tersebut adalah hasil daripada beberapa siri perbincangan dan rundingan melibatkan pimpinan parti di peringkat negeri dan pusat.
Menurut Zahid, keputusan itu dibuat setelah meneliti semua aspek serta maklumat berkaitan, termasuk hasil perbincangan tiga pihak sebelum ini.
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum