Wartawan veteran terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA semasa lawatan Fahmi

September 7, 2025 · Isu semasa

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan melalui inisiatif Tabung Kasih@HAWANA kepada seorang pengamal media veteran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang sedang berdepan dengan masalah kesihatan di sini.

Dalam kunjungan ke kediaman Ismail Lamo, 67, di Tawau, Fahmi telah menyerahkan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan hampir lima dekad beliau dalam bidang kewartawanan.

Ismail, yang merupakan penerima bantuan ke-29 di Sabah, telah berkhidmat secara sambilan dengan Bernama sejak tahun 1979.

Beliau kini menghidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan kencing manis, selain perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Tawau setiap enam bulan.

“Inisiatif Tabung Kasih@HAWANA ini dilaksanakan sebagai simbol keprihatinan Kerajaan Madani untuk mengetengahkan nilai ihsan, empati, dan penghargaan terhadap pengamal media yang telah banyak berjasa,” kata Fahmi semasa melawat beliau.

Beliau turut menekankan sumbangan ini adalah tanda terima kasih kerajaan kepada para wartawan yang telah berdedikasi tinggi dalam menjalankan tugas.

“Jasa dan pengorbanan para veteran media seperti Ismail Lamo ini amat dihargai. Inilah cara kita menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan berdiri bersama untuk meringankan beban mereka,” tambah Fahmi.

Inisiatif Tabung Kasih@HAWANA yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi menerusi Bernamaini dilancarkan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

Sehingga kini, seramai 494 pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat daripada tabung ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mohamad Fauzi bin Md Isa, dan Ketua Pengarang Bernama, Encik Arul Rajoo Durar Raj.

Berita berkaitan
Bekas jurufoto Utusan berdepan masalah kesihatan terima bantuan Tabung Kasih Hawana
November 6, 2026· Isu semasa
Gaji minimum RM2,000 perlu seiring bantuan kos sara hidup: Amir Hamzah
November 5, 2026· Isu semasa
Dana Inovasi Media bantu industri hadapi era AI, lindungi pekerja
November 2, 2026· Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
November 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
5 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
5 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
6 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok