Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mendedahkan tiada sebarang perkembangan terkini diterima daripada pihak polis berhubung kes serangan ke atas anaknya yang berusia 12 tahun pada 13 Ogos lalu.
Bekas Menteri Ekonomi itu berkata, beliau bercadang untuk mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berikutan tempoh masa yang telah berlalu.
“Tiada perkembangan atau berita daripada pihak berkuasa mengenai anak saya. Saya akan tunggu sedikit masa lagi sebelum saya bangkitkan perkara ini lagi,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Menurut Rafizi, mangsa yang dicucuk dengan jarum suntikan dalam kejadian itu masih menjalani pemeriksaan perubatan secara berkala.
Sementara itu, dalam satu kenyataan media pada 22 Ogos lalu, Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, memaklumkan polis telah merakamkan keterangan daripada 19 individu termasuk ahli keluarga Rafizi.
“Selain itu, polis telah mengambil dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,” ujarnya.
Khalid menambah bahawa polis masih menunggu laporan kimia daripada pihak hospital berkenaan cecair yang disuntik ke dalam tubuh mangsa.
Kejadian tersebut disusuli dengan ugutan yang diterima oleh isteri Rafizi.
Sebelum ini, Rafizi mencadangkan kemungkinan serangan itu ada kaitan dengan satu pertemuan beliau dengan seorang pemberi maklumat mengenai ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Bagaimanapun, Farhash menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai “gila”.
Rafizi sebelum ini juga telah mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Farhash yang dikaitkan dengan satu skandal perlombongan di Sabah.
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan