Ketua AMK, Kamil Munim.
Pertikaman lidah antara Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim terus memanas susulan polemik politik melibatkan Negeri Sembilan.
Terbaharu, Muhammad Kamil menafikan dakwaan bahawa pihaknya melayan Akmal seperti “lembu”, sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak berasas.
Pada masa sama, beliau mengkritik pendekatan Akmal yang didakwa boleh menjejaskan keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan.
“Sebagai pemimpin anak muda, kita sepatutnya mencari titik persefahaman, bukan membesarkan perbezaan.
“Politik bukan soal siapa paling kuat bersuara, tetapi siapa mampu membawa hujah dan mencari titik temu,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Selasa.
Beliau turut menyarankan agar Akmal mencontohi pendekatan kepimpinan Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad dalam mengurus kepelbagaian politik secara lebih harmoni.
Dalam kenyataan sama, Muhammad Kamil turut membidas gaya politik Akmal yang disifatkan gemar mencetuskan cabaran terbuka, termasuk terhadap rakan dalam gabungan sendiri.
“Jika pendekatan keras ini dianggap sebagai lambang kepimpinan, maka teruskanlah dengan gaya sedemikian,” katanya sinis.
Sebelum ini, Akmal menegaskan beliau tidak akan berdiam diri terhadap sebarang perkara yang dianggap tidak betul, walaupun melibatkan sekutu politik.
Menurutnya, UMNO kekal terbuka untuk bekerjasama, namun tidak akan sekadar mengikut tanpa menegur.
Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap amaran Muhammad Kamil yang meminta beliau menghentikan tindakan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan.
Malah, Kamil turut menyifatkan tindakan Akmal yang kerap mencetuskan polemik sebagai seolah-olah “menebuk kapal sendiri”.
UMNO Negeri Sembilan minta sidang DUN disegerakan
Krisis Negeri Sembilan: Tony Pua dakwa UMNO main ‘tebuk atap’ dan tamak
Wanita PKR bidas tindakan 14 ADUN UMNO cetus krisis di Negeri Sembilan
Saman fitnah: Pengarah Strategi Pemuda PAS Perak diarah bayar RM250,000
PH tolak cubaan ambil alih kerajaan Negeri Sembilan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan