Bilangan mangsa banjir di sabah terus meningkat, 22 kampung terjejas

September 13, 2025 · Isu semasa

Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Sabah menunjukkan peningkatan kepada 391 orang daripada 126 keluarga setakat petang ini, berbanding 378 orang daripada 117 keluarga pada laporan pagi tadi.

Menurut kenyataan terkini daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, daerah Penampang mencatatkan kenaikan ketara dengan 244 mangsa daripada 76 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan.

Sebaliknya, keadaan di Beaufort menunjukkan sedikit penurunan dengan 147 mangsa daripada 50 keluarga dilaporkan setakat ini.

Semua mangsa di Beaufort telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di Selagon.

Manakala di Penampang, mangsa banjir telah diagihkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Kompleks Sukan Penampang menempatkan 39 mangsa, Dewan Huguan Siau menempatkan 146 mangsa, dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis menempatkan 59 mangsa.

Bencana banjir ini setakat ini telah melibatkan sejumlah 22 buah kampung di kedua-dua daerah tersebut.

Daripada jumlah itu, 14 kampung terjejas di Penampang dan lapan lagi di Beaufort.

Ramalan cuaca oleh MetMalaysia menjangkakan hujan berterusan, pihak berkuasa bimbang jumlah mangsa dan kampung yang terjejas mungkin terus meningkat dalam beberapa jam akan datang.

Orang ramai dinasihatkan agar mengelak dari melalui kawasan yang dilanda banjir dan sentiasa memantau perkembangan melalui saluran rasmi.

Berita berkaitan
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
23 jam lalu· Isu semasa
Keputusan kes gangguan seksual Ebit Lew dijangka hari ini
April 30, 2026· Isu semasa
Tin makanan jadi helah seludup syabu bernilai RM3 juta, lima ditahan
April 16, 2026· Isu semasa
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
April 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
5 jam lalu · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
5 jam lalu · Isu semasa
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok