Program SARA lancar, isu awal berjaya diatasi: Fahmi

September 14, 2025 · Isu semasa

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaporkan berjalan dengan lancar selepas beberapa isu pada peringkat awal berjaya diselesaikan, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, kadar penebusan pada minggu pertama sangat memberangsangkan dengan sistem beroperasi dengan baik tanpa sebarang masalah teknikal dan mendapati purata 150 hingga 200 orang hadir setiap hari untuk menebus barangan keperluan di bawah program tersebut.

Keadaan di pasar raya itu juga teratur, dilengkapi label harga yang jelas dan stok barangan asas yang mencukupi.

“Beras ada banyak, telur juga lebih daripada cukup. Saya dapati pelaksanaan program ini berjalan baik tanpa sebarang gangguan,” katanya selepas melakukan tinjauan di Pasaraya SH Bistari hari ini.

Fahmi turut memberitahu beberapa orang pengunjung yang ditemuinya mengucapkan penghargaan terhadap inisiatif kerajaan itu.

Berkenaan dengan penggunaan MyKad, beliau menjelaskan bahawa langkah itu adalah tepat bagi memastikan hanya golongan sasaran yang menerima manfaat.

“Di Malaysia, pemegang MyKad sudah tentu menggunakan kad sendiri, maka tiada isu salah salur. Ini menjadikan kaedah ini sangat sesuai,” jelasnya.

Beliau juga mencadangkan mekanisme sama mungkin akan diteruskan untuk program-program kerajaan lain pada masa hadapan, termasuk pelaksanaan subsidi RON95.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mohamad Fauzi Md Isa.

Berita berkaitan
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
August 22, 2026· Isu semasa
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
August 19, 2026· Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
August 19, 2026· Isu semasa
Peruntukan MyKhas tak pernah masuk poket Ahli Parlimen: Fahmi
August 8, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
August 25, 2026 · Isu semasa
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
August 25, 2026 · Isu semasa
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
2 jam lalu · Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
2 jam lalu · Isu semasa
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok