Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, mendakwa gabungan kerajaan ketika darurat Covid-19 telah mengkhianati orang Melayu dalam isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.
Beliau mendakwa Parti Bersatu PAS, dan UMNO wajar bermuhasabah diri kerana menggunakan tempoh darurat untuk meluluskan pengambilan tanah milik orang Melayu bagi tujuan pembangunan.
“Bersatu, PAS dan UMNO wajar bermuhasabah diri.
“Anda semua telah mengkhianati orang Melayu dengan sengaja menggunakan kuasa ketika negara dalam darurat dan Parlimen digantung untuk mengambil tanah orang-orang Melayu di Kampung Sungai Baru di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk diberikan kepada pemaju,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Hassan, perkara itu berlaku semasa Muhyiddin Yassin daripada Bersatu menjadi Perdana Menteri, dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada masa itu daripada UMNO.
Beliau menjelaskan bahawa isu itu bermula apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) mewartakan pengambilan tanah melalui Warta Kerajaan Jilid 65 No.25 bertarikh 21 Jun 2021, iaitu 40 hari sebelum darurat tamat.
“Itulah buruknya jika Parlimen digantung dan darurat diisytiharkan. Ketika itu, penduduk Kampung Sungai Baru hilang tanah mereka kepada pemaju,” ujarnya.
Hassan menegaskan apa yang berlaku merupakan pengajaran mahal buat semua pihak, terutamanya parti-parti yang sering mendabik dada memperjuangkan hak orang Melayu.
Beliau mengingatkan semua bahawa kerajaan Persekutuan pada tempoh berkenaan ditadbir oleh gabungan parti-parti politik yang terdiri daripada Bersatu, PAS, UMNO, dan lain-lain dari Sabah dan Sarawak.
Tiada lesen judi baharu bawah Kerajaan MADANI, Sanusi jangan auta: MOF
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri