Wartawan Kwong Wah Yit Poh, Choo Kar Chun, 44, menjadi penerima ke-500 Tabung HAWANA yang diserahkan sendiri oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Sebanyak 500 pengamal media di seluruh negara telah menerima bantuan daripada Tabung Kasih@HAWANA sejak ia diperkenalkan pada tahun 2023.
Inisiatif prihatin di bawah Kementerian Komunikasi ini dilaksanakan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk meringankan beban rakyat Malaysia, termasuk wartawan yang menghadapi kesusahan.
Wartawan Kwong Wah Yit Poh, Choo Kar Chun, 44, menjadi penerima ke-500 yang disambut istimewa dengan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menziarahi kediaman Choo di Air Itam untuk menyerahkan secara langsung sumbangan wang tunai dan barangan keperluan.
Kar Chun, yang berkhidmat dengan akhbar berbahasa Cina itu sejak 2018, mula mengalami masalah pendengaran yang teruk pada Oktober 2024, menyukarkan beliau untuk berkomunikasi dan menjalankan tugas sebagai wartawan.
“Beliau kini memerlukan alat bantuan pendengaran bagi memudahkan interaksi dalam kehidupan harian serta melaksanakan tugasan kewartawanan,” menurut kenyataan HAWANA.
Fahmi turut yang berada di Pulau Pinang bagi lawatan kerja sempena sambutan Hari Malaysia, menekankan komitmen kerajaan dalam membantu ahli media yang menghadapi cabaran.
“Ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Madani untuk menghargai sumbangan pengamal media dan menzahirkan nilai ihsan serta empati,” jelas Fahmi.
Tabung Kasih@HAWANA dilancarkan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan warga media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin, dan Ketua Pengarangnya Arul Rajoo Durar Raj.
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri