Kenderaan MCMC PRIME yang dilengkapi kemudahan komunikasi telah dihantar ke Kampung Cendrakasih dan Penampang.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) giat memperkukuh hubungan komunikasi untuk mangsa bencana di Sabah menerusi dua inisiatif penting, iaitu kenderaan komunikasi kecemasan MCMC PRIME dan perkhidmatan Internet komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Kenderaan MCMC PRIME yang dilengkapi kemudahan komunikasi telah dihantar ke Kampung Cendrakasih dan Penampang.
Ia berperanan membantu pasukan penyelamat serta menyokong kerja-kerja pemulihan infrastruktur oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
Serentak dengan itu, sebanyak 131 unit NADI telah diaktifkan untuk memberikan capaian Internet percuma kepada komuniti terjejas, membolehkan mereka berhubung dengan keluarga serta mendapatkan maklumat penting.
Menurut kenyataan MCMC, sebanyak 266 menara telekomunikasi dilaporkan terjejas akibat gangguan bekalan elektrik.
Daripada jumlah tersebut, 147 menara telah berjaya dipulihkan dan beroperasi semula.
“Kerja-kerja pemulihan dijalankan secara berperingkat dan gigih bersama syarikat telekomunikasi untuk memastikan perkhidmatan dipulihkan secepat mungkin,” kata kenyataan tersebut.
Bagi memantau keadaan secara langsung, MCMC telah menubuhkan Pasukan Petugas khas yang bekerjasama rapat dengan syarikat telekomunikasi dan SESB.
“Mesyuarat berkala pasukan ini memfokuskan pada pemulihan ‘collector sites’ dan tapak kritikal yang menjadi keutamaan, selain memastikan penyaluran bekalan kuasa sementara melalui generator,” tambah kenyataan tersebut.
MCMC memberi jaminan akan terus bekerjasama dengan semua agensi penyelamat, pihak berkuasa, dan syarikat berkaitan untuk memastikan komunikasi dan capaian Internet di kawasan terjejas dipulihkan segera demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk di Sabah.
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri