Polis terima empat laporan daripada 10 ahli politik terima ugutan e-mel lucah AI

September 17, 2025 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sepuluh ahli politik telah menjadi sasaran ugutan e-mel lucah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), namun hanya empat daripadanya yang tampil membuat laporan sehingga kini.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar di sebalik ugutan tersebut.

“Isu-isu begini kadang-kala ada pihak tertentu cuba membuat ugutan terhadap individu bagi tujuan kewangan.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang terbabit,” katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Beliau juga tidak menolak insiden ini mungkin didalangi oleh pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk tujuan kewangan.

Menurut laporan, mangsa-mangsa menerima e-mel daripada pihak tidak dikenali yang menuntut bayaran AS$100,000 (RM422,000).

Ancaman diberikan video lucah palsu yang menggunakan wajah mereka akan disebarkan di media sosial jika permintaan itu tidak dipatuhi dalam tempoh tiga hari.

Antara yang telah membuat laporan ialah Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, yang melaporkan kes pertama pada 12 September lepas.

Turut menerima ugutan adalah antaranya Ahli Dewan Negara, Nelson Angang, Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Wong Chia Zhen, dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari.

Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita berkaitan
Pasangan tular kes lucah di jirat Cina dibebaskan
4 jam lalu· Isu semasa
Jurutera rugi lebih RM27,000 akibat penipuan seks dalam talian
7 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat individu buat video palsu berhubung SPRM dan Azam Baki
7 jam lalu· Isu semasa
Kempen Internet Selamat diperluas guna pendekatan rakan sebaya
April 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kos sara hidup akan terkena tempias akibat konflik Asia Barat: MIER
4 jam lalu · Isu semasa
Institusi kewangan jadi benteng ekonomi negara: Anwar
4 jam lalu · Isu semasa
RM5 Bilion tambahan untuk bantu PMKS hadapi krisis global: PMX
4 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat perlu dihentikan, elak kesan ekonomi melarat: Sultan Nazrin
7 jam lalu · Isu semasa
Tsunami pertama landa Pantai Iwate selepas gempa kuat di Jepun
April 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok