Catatan FB baharu Rafizi tak umum letak jawatan, mahu terus berjuang

May 25, 2025 · Politik

Selepas tewas dalam pemilihan PKR, Rafizi Ramli dalam catatan terbaharu di akaun Facebooknya meluahkan hasrat untuk terus berjuang dan tidak berputus asa untuk berjuang.

Rafizi yang tewas kepada Nurul Izzah Anwar bagi pertandingan jawatan Timbalan Presiden bagaimanapun tidak mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteir Ekonomi dalam catatan terbaharu ditulisny, sebaliknya berkata akan meneruskan perjuangan untuk rakyat.

“Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik.

“Cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Rafizi yang dijangka meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, berkata dengan lebih banyak masa yang ada akan membolehkan dia meluangkan masa bersama rakyat biasa selepas ini.

‘Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita’

Ahli Parlimen Pandan yang telah bersama PKR hampir tiga dekad itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokongnya.

“Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat.

“Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan (Kongres Nasional PKR), sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa,” tambahnya.

“Kepada mereka yang kecewa, kita mesti reda dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita,” katanya.

Rafizi, yang merupakan penyandang jawatan nombor dua baru-baru tewas kepada anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah.

Semalam, ahli politik itu menegaskan bahawa memegang jawatan dalam kerajaan bukan satu-satunya cara untuk mencapai matlamat reformasi, malah menegaskan bahawa perubahan harus bermula daripada masyarakat sendiri.

Rafizi turut menyuarakan keyakinan bahawa matlamat PKR masih belum tercapai dan menambah bahawa idealisme dan keabsahan parti itu di mata rakyat melangkaui kepimpinan presidennya sekarang.

Berita berkaitan
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
6 jam lalu· Politik
Puad pertahan cadang anak jadi calon, dakwa pemilihan tidak adil
June 25, 2026· Politik
AMK yakin anak muda nilai berdasarkan prestasi, bukan retorik Rafizi
June 25, 2026· Politik
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
4 jam lalu · Politik
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
4 jam lalu · Politik
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
5 jam lalu · Politik
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
6 jam lalu · Politik
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok