MetMalaysia: Ribut petir diramal landa lima negeri

September 18, 2025 · Isu semasa

Penduduk di lima negeri dinasihati agar bersiap sedia dan berwaspada berikutan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini.

Amaran yang berkuat kuasa sehingga pukul 12 tengahari ini melibatkan beberapa kawasan di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada pukul 9 pagi, keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah.

Bagi negeri Perak, kawasan yang terlibat ialah Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Selangor, amaran dikeluarkan untuk kawasan Sabak Bernam.

“Orang ramai yang terlibat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca setempat dan membuat perancangan aktiviti dengan lebih teliti,” jelas MetMalaysia dalam kenyataannya.

Agensi itu juga menyarankan orang awam untuk mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasminya.

Keadaan cuaca tidak menentu ini berpotensi mengakibatkan gangguan serta menimbulkan risiko bahaya seperti pokok tumbang dan air pasang.

Orang ramai dinasihati agar mengelak daripada melakukan aktiviti luar terutamanya di kawasan terbuka ketika ribut petir berlaku bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

Berita berkaitan
Taburan hujan hingga 100mm punca banjir 23 kawasan di Selangor: Bernama
November 18, 2026· Isu semasa
Hujan lebat berterusan landa Pantai Timur, Sabah hingga Rabu
November 9, 2026· Isu semasa
Fahmi santuni jurugambar Borneo Post terjejas ribut
September 15, 2026· Isu semasa
MetMalaysia ramal ribut petir, hujan dan jerebu pada 31 Ogos: Bernama
August 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah pusat NADI meningkat kepada 1,099 tahun ini
November 28, 2026 · Isu semasa
RTMKlik catat 11.2 juta muat turun, Fahmi ucap terima kasih atas sokongan
November 28, 2026 · Isu semasa
Fahmi saran orang ramai guna AI semak berita palsu
November 28, 2026 · Isu semasa
Malaysia masih negara aman, jangan samakan dengan Colombia: Saifuddin Nasution
November 28, 2026 · Isu semasa
Pengurusan institusi kerajaan perlu bebas pengaruh politik: Anwar
November 28, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok