Program subsidi minyak BUDI95.
Orang ramai dinasihatkan agar segera memeriksa dan menggantikan cip kad pengenalan (MyKad) yang rosak bagi memastikan kelancaran proses pembelian petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata pengesahan identiti menggunakan MyKad adalah kritikal ketika mengisi minyak nanti.
Justeru, beliau menyeru orang ramai agar tidak menunggu saat akhir untuk memastikan dokumen penting itu berada dalam keadaan baik.
“Satu perkara penting rakyat Malaysia kena buat ialah periksa MyKad anda dan pastikan cip berfungsi dan elok,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.
“Kalau cip rosak atau tidak boleh dibaca, jangan risau, boleh terus ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara. Insya-Allah, siap hari yang sama,” tambahnya lagi.
Beliau menambah, inisiatif pemberian subsidi bersasar ini jelas membuktikan komitmen Perdana Menteri,Anwar Ibrahim, untuk menunaikan janjinya kepada rakyat.
“Walaupun ambil masa sedikit, Alhamdulillah beliau tetap tunaikan janji sebab insya-Allah, beliau seorang yang berpegang pada kata-kata. A man of his words,” ujarnya.
Beliau turut berkata Kerajaan Madani sentiasa komited untuk membantu rakyat, menjaga kebajikan semua golongan, dan memakmurkan ekonomi negara dengan penuh integriti.
Sebelum ini, Perdana Menteri memberikan jaminan penurunan harga petrol RON95 itu akan dilaksanakan menjelang akhir bulan ini bagi meringankan beban kehidupan rakyat.
Langkah ini juga selari dengan komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati harga bahan api yang lebih rendah berbanding harga sebenar di pasaran.
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum