Pemuda UMNO pilih rundingan, tolak jemputan PAS sertai himpunan bantah PSB

September 23, 2025 · Politik

Pemuda UMNO secara rasmi menolak untuk menyertai himpunan anti-Akta Pembaharuan Bandar (PSB) yang dianjurkan PAS pada 4 Oktober ini, sekaligus memilih pendekatan rundingan berbanding demonstrasi.

Ketuanya, Dr. Akmal Saleh, menegaskan walaupun berkongsi pendirian menolak rang undang-undang (RUU) berkenaan, adalah lebih penting untuk terlebih dahulu duduk semeja dengan semua pihak bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Bila kita tolak, kita tak nak tolak begitu sahaja. Kita kena datangkan satu solusi terbaik,” jelas Dr. Akmal dalam satu rakaman video.

“PAS ada cadangannya, UMNO ada cadangannya. Kita kumpulkan cadangan terbaik dan serahkan kepada kerajaan. Jika kerajaan tak nak terima cadangan kita ini, saya beri komitmen kita akan turun sama membantah RUU PSB,” tambahnya lagi.

Menurut Dr. Akmal, mengadakan himpunan tanpa memberikan cadangan konstruktif hanya akan mendatangkan keburukan.

Sebaliknya, UMNO mengutamakan kesejahteraan rakyat melalui dialog.

“Saya ajak NGO atau parti apa sekalipun duduk semeja cari satu solusi untuk dikemukakan kepada kerajaan,” katanya.

Sebagai langkah proaktif, UMNO juga telah menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Naib Presidennya, Johari Abdul Ghani, bagi mengkaji secara mendalam semua aspek RUU tersebut.

Perbincangan tersebut akan diteruskan dalam forum bertajuk ‘Urbanisasi dan PSB: Survival Melayu Bandar’ di ibu pejabat UMNO tidak lama lagi.

Keputusan Pemuda UMNO ini dibuat meskipun Pemuda PAS telah mengeluarkan jemputan rasmi untuk menyertai himpunan bantahan mereka, yang bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan supaya menarik balik RUU PSB.

Akta yang masih dalam peringkat cadangan itu bertujuan memudahkan pembangunan semula kawasan bandar yang telah lama. Isu utama yang menjadi bantahan p

Berita berkaitan
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
September 21, 2026· Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
3 jam lalu· Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
September 21, 2026 · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
September 21, 2026 · Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
September 21, 2026 · Politik
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
3 jam lalu · Politik
Tuanku Muhriz batal pelantikan semua Exco Negeri Sembilan
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok