Semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati lima jenama kenderaan mewah mencatatkan tunggakan tertinggi iaitu Rolls-Royce, Lamborghini, Bentley, Ferrari, dan Porsche.
Golongan kenamaan (VIP), termasuk ahli politik dan ahli perniagaan ternama, didapati antara pemilik kenderaan mewah yang cuai membayar cukai jalan, dengan jumlah tunggakan terkumpul mencecah hampir RM35.7 juta.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mendedahkan semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati lima jenama kenderaan mewah mencatatkan tunggakan tertinggi iaitu Rolls-Royce, Lamborghini, Bentley, Ferrari, dan Porsche.
“Keseluruhannya, hanya lima jenis kenderaan ini sahaja sudah mencecah hampir RM35.7 juta cukai jalan yang tidak diperbaharui.
“Jumlah ini melibatkan kurang 10,000 kenderaan tetapi nilai tunggakan sangat besar,” jelas Loke semasa satu sidang akhbar hari ini.
Beliau menegaskan JPJ mempunyai rekod lengkap semua pemilik kenderaan terbabit dalam sistemnya.
Walaupun begitu, beliau memilih untuk tidak menghebahkan nama individu terlibat atas sebab tidak mahu memalukan mereka.
“Saya mohon mereka yang tergolong dalam kumpulan ini supaya menjalankan tanggungjawab memperbaharui cukai jalan masing-masing,” ujarnya.
Bagi menangani isu ini, Loke memberitahu JPJ sedang melaksanakan ‘Ops Luxury’ secara berterusan untuk mengesan dan menyita kenderaan mewah yang tidak mempunyai cukai jalan dan insurans yang sah.
“Kenderaan yang ditahan akan diserta serta-merta. Operasi ini bukan bertujuan memalukan individu tertentu tetapi memberi mesej jelas bahawa semua pihak, tanpa mengira status, mesti mematuhi undang-undang,” tegasnya.
Beliau juga memberi amaran kepada pemilik yang sengaja menunggu kenderaan mereka disita semata-mata untuk membayar kompaun yang lebih murah.
“Jika sikap ini berterusan, kami tidak teragak-agak mengambil langkah lebih drastik. Jangan paksa kami umumkan nama atau dedahkan senarai pemilik jika mereka terus berdegil,” kata Loke.
Menurutnya, kadar cukai jalan bagi kenderaan mewah boleh mencecah antara RM15,000 hingga RM30,000 setahun.
JPJ telah menyita lebih 400 kenderaan mewah dalam beberapa bulan kebelakangan ini melalui operasi berterusan yang dilaksanakan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar