Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.
Pakatan Harapan (PH) akan menjadikan potensi kemenangan sebagai kriteria utama dalam memilih rakan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.
Pendirian ini diambil bagi menangani sebarang kemungkinan pertembungan pencalonan dengan mana-mana pihak.
Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail, berkata pendekatan pragmatik ini memberi PH kebebasan untuk bekerjasama sama ada dengan Barisan Nasional (BN) atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berdasarkan situasi di setiap kerusi.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Suhaimi Nasir, yang mahukan PH menyatakan pendirian jelas sekiranya BN dan GRS bertembung.
“Pemimpin BN Sabah bebas memberikan pandangan, sebagaimana PH juga bebas untuk memilih rakan gabungan kami. Kami bersedia bekerjasama dengan BN, kami juga bersedia bekerjasama dengan GRS,” jelas Saifuddin.
“Sementara pandangan itu saya hormati, saya juga katakan bahawa pendekatan PH ini adalah memilih untuk bekerjasama dengan pihak-pihak yang boleh meningkatkan potensi kemenangan,” tambahnya lagi.
Saifuddin yakin pendekatan politik yang lebih inklusif dan fokus kepada kekuatan bersama akan memberi kelebihan kepada PH dan menyeru semua pihak agar mengutamakan kerjasama.
“Saya rasa lebih baik kita memanfaatkan kekuatan dan kelebihan gabungan masing-masing.
“Itu lebih baik daripada mencari perbezaan ataupun membina titik permusuhan. Politik maknanya kena lebih banyak berkawan. Itu yang lebih baik,” ujarnya.
Difahamkan, PH dan BN kini berada di peringkat akhir rundingan pembahagian kerusi bagi PRN Sabah, dengan hanya dua atau tiga kerusi lagi belum dimuktamadkan.
Kerjasama ini penting memandangkan BN telah mengesahkan akan bertanding di 40 kerusi, manakala baki 33 kerusi diperuntukkan kepada PH.
Tumpuan kini adalah untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru yang boleh mengurangkan peluang kemenangan gabungan.
PKR lancar sistem AI ‘TERAS’ sebagai persediaan hadapi pilihan raya
UMNO sudah bangkit dan lebih stabil sekarang: Khairy
UMNO sasar masa depan lebih kukuh: Zahid
UMNO cuba paksa buat PRU awal guna alasan krisis NS: Rafizi
Akmal cabar pecat semua menteri dan timbalan dari UMNO dalam kerajaan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan