UMNO sasar masa depan lebih kukuh: Zahid

May 2, 2026 · Politik

Ahmad Zahid Hamidi menggariskan visi jangka panjang UMNO dengan memberi penekanan kepada pembangunan menyeluruh merangkumi agama, politik, ilmu dan jati diri Melayu menjelang dua dekad akan datang.

Presiden UMNO itu menegaskan hala tuju parti perlu melangkaui kemenangan pilihan raya semata-mata dan memberi fokus kepada pembinaan legasi untuk generasi masa depan.

“UMNO perlu memperkasa dakwah untuk memelihara akidah, menjadi induk kestabilan politik negara serta melahirkan cendekiawan dan pakar yang menguasai teknologi masa depan,” katanya berucap pada Konvensyen UMNO sempena ulang tahun ke-80 hari ini.

Beliau turut menambah parti itu harus menyatukan kepimpinan Melayu dan menyuburkan budaya ilmu bagi memperkukuh kefahaman umat.

UMNO yang ditubuhkan pada 1946 memainkan peranan besar dalam sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, namun turut melalui pelbagai cabaran termasuk perubahan landskap politik dan perpecahan dalaman.

AhmadZahid berkata pengalaman tersebut perlu dijadikan asas untuk membina kekuatan jangka panjang.

Menurutnya, gerak kerja parti mesti diperkemaskan supaya UMNO kekal relevan sebagai wadah perjuangan generasi akan datang.

“Ini bukan sekadar soal menang pilihan raya, tetapi melahirkan pewaris bangsa yang kuat jiwa dan identitinya,” jelas beliau.

Ahmad Zahid juga berkongsi harapan peribadi terhadap masa depan orang Melayu.

“Menjelang ulang tahun UMNO ke-100 nanti, mungkin saya tiada lagi. Namun saya mengimpikan Melayu yang tidak luntur jiwa Islamnya, memahami agama secara menyeluruh dan memiliki akhlak mulia,” katanya.

Beliau turut menggambarkan generasi Melayu yang berdaya cipta, menjadi pencetus idea serta pemacu kemajuan negara.

Selain itu, beliau menekankan kepentingan perpaduan sebagai asas kekuatan dalam masyarakat majmuk.

“Saya mengimpikan Melayu yang bersatu, menjadi contoh dan tunjang kepada negara yang pelbagai. Inilah generasi yang kita dambakan – berakar pada iman, bijak bertindak dan kuat dalam kepimpinan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
UMNO sudah bangkit dan lebih stabil sekarang: Khairy
May 2, 2026· Politik
Ringgit kukuh, ekonomi Malaysia kian diyakini dunia: Kamil
May 2, 2026· Isu semasa
UMNO cuba paksa buat PRU awal guna alasan krisis NS: Rafizi
4 jam lalu· Politik
Akmal cabar pecat semua menteri dan timbalan dari UMNO dalam kerajaan
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PKR lancar sistem AI ‘TERAS’ sebagai persediaan hadapi pilihan raya
May 2, 2026 · Politik
UMNO Negeri Sembilan sedia jadi pembangkang: Jalaluddin
4 jam lalu · Politik
Rafizi dipanggil ke SPRM pada Isnin beri keterangan
13 jam lalu · Politik
Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid
14 jam lalu · Politik
UMNO berpendirian sebarang program hiburan perlu ada batas: Zahid
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok