Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bakal berdepan krisis apabila Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dijangka mengumumkan keluar daripada gabungan itu tidak lama lagi, lapor sumber dalaman.
Ramalan ini dibuat susulan pertemuan tertutup selama tiga jam antara pemimpin-pemimpin komponen GRS di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya, malam tadi.
Presiden Star, Jeffrey Kitingan, mengesahkan parti itu sudah membuat satu keputusan muktamad berhubung masa depannya dalam GRS.
“Ya… kami sudah buat pendirian, sangat jelas,” katanya dipetik laporan media.
“Tiada kira-kira angka. Mereka cuba memujuk kami. Tetapi tiada pertengkaran. Ia berlangsung secara baik dan penuh hormat, seperti sepatutnya dalam politik kerana kita akan bertemu lagi selepas pilihan raya negeri,” tambahnya.
Sementara itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee, pula mengambil sikap menunggu dan lihat, tapi dijangk bakal mengumumkan langkah seterusnya parti itu selepas pengumuman rasmi dibuat oleh Star.
Tindakan kedua-dua parti tempatan itu dijangka memberi tamparan besar kepada kestabilan GRS.
Punca perpecahan ini dikatakan berpunca daripada ketidakpuasan hati terhadap pengagihan kerusi pilihan raya negeri yang didakwa terlalu memihak kepada sekutu persekutuan, Pakatan Harapan (PH).
Pada awalnya, PH hanya diberikan 18 kerusi, namun rundingan terbaharu melaporkan bilangan itu mungkin meningkat kepada antara 21 hingga 23 kerusi.
Satu sumber rapat mendedahkan dalam satu pungutan suara, hanya Star dan SAPP menentang kerjasama berterusan dengan PH, manakala enam parti komponen lain memilih untuk mengekalkannya.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi GRS, Hajiji Noor itu dilaporkan berlangsung dalam suasana mesra walaupun wujud perbezaan pendapat.
Jika pengunduran Star disahkan, ia bukan sahaja mencetuskan retakan besar dalam GRS malah berpotensi merumitkan perhubungan dengan parti-parti dominan lain serta hala tuju gabungan itu sama ada untuk kekal bersama rakan persekutuan atau membentuk blok tempatan sepenuhnya.
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
Johari tegur menteri gagal jawab soalan Ahli Parlimen
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan