Menteri Luar, Mohamad Hasan.
Jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Kuala Lumpur hujung bulan ini adalah sebagai ketua negara rakan dialog ASEAN dan bukannya satu jemputan dua hala daripada Malaysia.
Menteri Luar, Mohamad Hasan, menegaskan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia bertanggungjawab menjemput semua ketua negara anggota dan rakan dialog tanpa sebarang diskriminasi.
Beliau menjelaskan emputan tersebut adalah satu kewajipan dan bukan keputusan unilateral Malaysia.
“Malaysia sebagai pengerusi ASEAN, bukan sebagai Malaysia. Jemputan ini bukan jemputan dua hala biasa, (sebaliknya) jemputan secara ASEAN kerana ‘kenduri’ ini ‘kenduri’ ASEAN, bukan ‘kenduri’ Malaysia,” jelas Mohamad, yang mesra disapa Tok Mat, dalam satu sidang media di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) hari ini.
Mohamad menekankan prinsip neutraliti yang dipegang oleh ASEAN sebagai teras keamanan dan kerjasama serantau.
Beliau menegaskan sebagai pengerusi, adalah tidak diplomatik untuk memilih tetamu yang dijemput.
“Kita tak bolehlah kata masyarakat A itu tak jemput, masyarakat B kita jemput.. itu bukan diplomatik,” ujarnya.
Beliau turut menekankan kekuatan ASEAN terletak pada dasar berkecualinya.
“Yang baik kita mesti uruskan ASEAN ini sebagai negara yang dilihat sebagai kumpulan negara yang mengamalkan dasar yang berkecuali. Itu kekuatan ASEAN. ‘The centrality of ASEAN based on neutrality’. Begitu juga Malaysia,” tegasnya.
Kenyataan ini dikeluarkan susulan bantahan yang dilaporkan oleh beberapa pihak, termasuk Pemuda UMNO, terhadap kehadiran Trump ke Malaysia berikutan dasar luar Amerika Syarikat terhadap Asia Barat dan Palestin.
Fahmi saran orang ramai guna AI semak berita palsu
Malaysia masih negara aman, jangan samakan dengan Colombia: Saifuddin Nasution
Pengurusan institusi kerajaan perlu bebas pengaruh politik: Anwar
Asyraf tegur hiburan konsert di konvokesyen UniKL, arah semak etika
Anwar arah siasatan penuh kes seludup dadah guna pesawat TUDM
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib