Hassan Karim bidas Hamzah gesa PMX letak jawatan sebagai tak bertanggungjawab

October 5, 2025 · Politik

Hassan Abdul Karim, menempelak gesaan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, yang mendesak Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, meletak jawatan dengan menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak mengikut kesesuaian masa.

Ahli Parlimen Pasir Gudang meluahkan rasa hairannya bagaimana kenyataan sedemikian boleh dikeluarkan oleh seorang Ketua Pembangkang, terutamanya ketika negara berdepan dengan krisis kemanusiaan melibatkan penahanan 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Beliau menegaskan ketika saat genting ini, semua pihak sepatutnya bersatu padu dan menyokong usaha kerajaan.

“Saya harap Hamzah selaku Ketua Pembangkang memahami bagaimana cara untuk berdepan dengan negara musuh seperti Israel yang menyerang rakyat Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan di Facebook.

Hassan menekankan prinsip asas dalam menghadapi ancaman luar dan semua pihak tanpa mengira latar belakang politik perlu bersatu dalam berdepan musuh.

“Prinsipnya mudah. Apabila kita berdepan dengan musuh dari luar negara maka semua pihak dalam Malaysia, baik kerajaan dan pembangkang mesti bersatu.

“Dalam hal 23 orang rakyat Malaysia yang ditahan oleh Israel itu, maka nyawa mereka mesti kita selamatkan. Inilah tanggungjawab kerajaan,” tegasnya.

Beliau menambah, setelah semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi itu selamat tiba di tanah air, barulah Hamzah boleh mengkritik kerajaan berkaitan isu-isu lain.

Namun, dalam situasi semasa, Hassan berpendapat bahawa Anwar telah menunjukkan kepimpinan yang berkesan.

“Dalam keadaan genting, cemas yang menyangkut nyawa 23 rakyat Malaysia di tangan zionis Israel, ternyata Anwar Ibrahim telah lulus dalam ujian itu,” katanya.

Beliau turut menyeru Hamzah agar mengakui kejayaan kerajaan.

“Rasanya eloklah dan amat tinggi budi pekerti Ketua Pembangkang Malaysia jika beliau sanggup mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan Malaysia yang telah berjaya membebaskan 23 rakyat kita dari penjara rejim Zionis Israel,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
17 jam lalu· Politik
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
17 jam lalu· Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
17 jam lalu· Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
17 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
17 jam lalu · Politik
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
17 jam lalu · Politik
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
April 30, 2026 · Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
April 30, 2026 · Politik
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
April 30, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok