Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, dalam kontroversi majlis makan malam Global Travel Meet yang dianjurkan Tourism Malaysia baru-baru ini, dengan menyifatkan kritikan terhadap menteri berkenaan sebagai ‘hipokrasi politik’.
Lip Eng menyifatkan desakan supaya Tiong meletakkan jawatan adalah tidak berasas, ia memandangkan majlis tersebut dianjurkan pihak swasta, sebenarnya mencerminkan bentuk kerjasama awam-swasta yang wajar digalakkan.
“Faktanya mudah – pihak industri pelancongan mengambil inisiatif menganjurkan makan malam itu bagi menarik peluang pelaburan baharu ke Malaysia. Tiong hanya meluluskan usaha tersebut bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan,” katanya dipetik laporan media.
Isu ini tercetus apabila Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin, mendedahkan bahawa minuman beralkohol dihidangkan dalam majlis yang dikaitkan dengan agensi kerajaan itu.
King Sing bagaimanapun menafikan penglibatan kementeriannya dan menjelaskan majlis itu sebenarnya dianjurkan oleh pihak industri.
“Pemikiran sempit seperti itu akan menjejaskan pertumbuhan industri pelancongan negara. Mereka lebih gemar mengarahkan pelancong asing bagaimana untuk bertindak, berbanding bersaing menarik pelaburan mereka,” kata Lip Eng lagi.
Pemimpin PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang membantah isu tersebut berhujah kerajaan perlu bertanggungjawab memandangkan acara itu tertera di laman web rasmi Tourism Malaysia, sementara bekas menteri, Khairy Jamaluddin pula mendakwa King Sing mengelirukan orang ramai.
Turut membangkitkan isu sajian arak itu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat Kabinet dan menegaskan penolakan kerasnya kerana ia bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
Kamil nafi beri layanan seperti ‘lembu’ didakwa Akmal
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan