Zaliha jelaskan status sebenar Kampong Bharu, bukan tanah Rizab Melayu

October 6, 2025 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, tampil membetulkan tanggapan umum yang mengelirukan mengenai status Kampong Bharu di sini.

Zaliha menjelaskan kawasan bersejarah itu bukannya tanah Rizab Melayu seperti yang sering disalah erti oleh ramai, ia sebaliknya merupakan kawasan yang dirizabkan sebagai ‘Malay Agricultural Settlement’ (MAS) atau Penempatan Pertanian Melayu, yang telah diwartakan pada 12 Januari 1900.

“Tanah ini mempunyai sekatan kepentingan yang tidak membenarkan orang bukan Melayu memiliki serta menghuni,” jelas beliau ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Penjelasan itu diberikan bagi menjawab pertanyaan daripada Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) mengenai cabaran pembangunan tanah rizab Melayu.

Zaliha membezakan antara status Kampong Bharu dengan Tanah Rizab Melayu yang sebenar di Kuala Lumpur, yang tertakluk di bawah enakmen berbeza.

Mengenai Tanah Rizab Melayu yang sebenar, beliau mendedahkan sehingga tahun 2025, jumlah keluasannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah 2,480 ekar, merangkumi kawasan seperti Rizab Melayu Segambut, Selayang, Sungai Penchala, Taman Desa, dan Gombak.

Namun, pembangunan semula kawasan ini menghadapi pelbagai cabaran kompleks.

“Cabaran-cabaran ini bukan sahaja melibatkan aspek teknikal dan fizikal, malah turut merangkumi isu pemilikan tanah, persetujuan pembangunan, nilaian hartanah, persepsi masyarakat setempat dan nilai warisan budaya,” ujarnya lagi.

Beliau menjelaskanaktor pemilikan tanah yang terbahagi kepada ramai pemilik, termasuk tanah pusaka, sering menyukarkan proses mencapai persetujuan sepunya.

“Sekiranya terdapat seorang pemilik tidak bersetuju dengan tawaran pembangunan, ia boleh menggagalkan proses urus niaga atau pembangunan semula yang dicadangkan,” katanya lagi.

Tambah beliau, nilai pasaran tanah rizab Melayu juga dianggap terhad disebabkan sekatan yang menghalang pemilikan oleh bukan Melayu, seterusnya mengehadkan minat pelabur.

Justeru, Zaliha berkata sebarang pembangunan perlu dilaksanakan secara lestari dan inklusif, dengan pendekatan yang menyeluruh serta sensitif terhadap aspek budaya, ekonomi dan undang-undang bagi memastikan manfaat kepada semua pihak.

Berita berkaitan
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
12 jam lalu· Politik
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
July 28, 2026· Isu semasa
Larian Syed Saddiq kutip lebih RM361,000 dalam dua hari
July 18, 2026· Politik
Isyarat penuh tapi tiada Internet, MCMC ganti gentian optik berkapasiti tinggi: Nie Ching
July 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Laporan RCI Tabung Haji: Amaran BNM sejak 2014 tidak diendahkan, tanggung rugi RM10 bilion
11 jam lalu · Isu semasa
Pelaku sebabkan kerugian Tabung Haji akan disiasat : PM
12 jam lalu · Isu semasa
Myanmar setuju terima semula 5,000 Rohingya dari Malaysia
12 jam lalu · Isu semasa
Sindiket SMS penipuan guna fake BTS digempur MCMC, seorang ditahan di Johor
12 jam lalu · Isu semasa
Rosmah gagal gugurkan hakim kes solar, mahkamah tolak permohonan
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
22 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok