Penyelarasan harga subsidi RON95.
Majikan diberi amarah agar tidak menyalahgunakan inisiatif subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) dengan mengarahkan pekerja mengisi minyak kenderaan syarikat menggunakan akaun peribadi mereka.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata perbuatan tersebut adalah menyalahi peraturan dan tindakan tegas akan diambil dan menyeru mana-mana pekerja yang diarahkan berbuat sedemikian untuk segera membuat laporan.
“Saya ingin tegaskan, jika ada mana-mana pekerja yang diarahkan oleh syarikat untuk mengisi kenderaan milik syarikat menggunakan akaun BUDI95 sendiri, itu salah.
“Mereka boleh buat laporan kepada pihak KPDN atau maklumkan kepada pihak berwibawa untuk tindakan,” tegas Fahmi pada sidang media hari ini.
Beliau berkata baru-baru ini tular susulan satu video yang memaparkan aduan seorang pekerja syarikat penghantaran yang didakwa diminta berbuat demikian.
Fahmi memaklumkan syarikat terbabit, Flash Express, telah dihubungi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Hasilnya, CEO Flash Express mengakui bahawa individu dalam video tersebut adalah pekerja mereka. Pekerja terbabit juga telah memadam kandungan berkenaan dan memohon maaf kepada pihak syarikat,” jelasnya.
Fahmi turut memaklumkan sudah berhubung dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk meneliti isu ini secara menyeluruh dan perbincangan bersama Persatuan Penghantar Malaysia (AMAC) juga akan diadakan bagi mencari penyelesaian muktamad.
Beliau turut menjelaskan perbezaan kelayakan dalam industri ini. “
Bagi pekerja tetap, syarikat wajib menyediakan kenderaan serta menanggung kos petrol untuk tugasan rasmi.
“Namun bagi pekerja gig, mereka menggunakan kenderaan sendiri dan layak menerima manfaat BUDI95,” ujarnya.
Sebagai langkah penyelesaian, MOF dikatakan sedang meneliti kemungkinan untuk memasukkan pekerja gig sektor penghantaran sebagai penerima tambahan kuota subsidi BUDI95.
“Kerajaan sedang melihat semua sudut supaya pelaksanaan subsidi ini benar-benar sampai kepada yang layak dan tidak menindas mana-mana pihak,” katanya.
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
Kos sara hidup lebih terkawal, inflasi turun empat tahun berturut-turut: Armizan
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar