Ketua Armada, Muhammad Hilman Idham.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham, akan dibicarakan selama dua hari pada Mac tahun depan berhubung satu pertuduhan mencetuskan kegentaran awam melalui kenyataannya di media sosial.
Tarikh perbicaraan selama dua hari itu, iaitu pada 2 dan 3 Mac 2026, ditetapkan oleh Majistret Nurul Izzah Hasan Basri dalam prosiding sebutan kes hari ini.
Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman, memaklumkan mahkamah semua dokumen berkaitan perbicaraan telah diserahkan kepada pihak pembelaan.
Muhammad Hilman, 36, yang juga Ketua Armada Bersatu, hadir di mahkamah dengan memakai sut berwarna biru, disaksikan oleh penyokongnya yang memenuhi galeri awam.
Selepas prosiding, ketika ditemui pemberita, Muhammad Hilman dengan tenang menyatakan kesediaannya untuk melalui proses perbicaraan.
“Saya tidak takut. Saya yakin bahawa saya tidak bersalah,” katanya.
Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, yang turut hadir, mengesahkan pihaknya tidak akan mengemukakan sebarang representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memohon pertuduhan ditarik balik.
“Beliau menyuarakan pandangannya sebagai seorang ADUN serta Ketua Armada, dan hanya mempertahankan rakyat,” ujarnya.
Muhammad Hilman didakwa membuat kenyataan melalui platform TikTok yang didakwa boleh menimbulkan kegentaran awam.
Kenyataan itu, yang merupakan rakaman ucapannya di Himpunan Malam Solidariti Tolak Akta Hasutan pada 29 Julai lalu, didakwa telah dilihat oleh seorang anggota polis di Menara KPJ pada 30 Julai.
Beliau dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan