Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa inisiatif baharu berkaitan pendidikan tinggi dan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang akan meringankan beban rakyat dan melahirkan lebih ramai graduan berkualiti.
Semasa membentangkan Belanjawan 2026 hari ini, Perdana Menteri berkata kerajaan akan melaksanakan program Pendidikan Percuma PTPTN melibatkan 5,800 anak-anak daripada keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA yang akan melibatkan peruntukan bernilai RM120 juta.
“Kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang perolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dari keluarga pendapatan rendah dan menengah.
“Ini memanfaat sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan 90 juta ringgit setahun,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.
Menurut Anwar, langkah tersebut diharap dapat memberi peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Bagi menangani isu peminjam yang cuai, kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu membayar serta bekerja di luar negara, tetapi enggan memenuhi tanggungjawab mereka.
“Kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik,” ujarnya.
Di samping inisiatif pembiayaan, kerajaan turut bersetuju untuk menambah 1,500 tempat bagi program Ijazah Sarjana Muda dalam 10 bidang pengajian kritikal di lima universiti penyelidikan.
Bidang tersebut termasuk undang-undang, perakaunan, ekonomi, perbankan, kewangan Islam, kecerdasan buatan (AI) dan bahasa.
“Ini bagi memberi ruang kepada lebih ramai anak muda cemerlang, termasuk lulusan STPM, untuk melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan,” jelasnya lagi.
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum