Kenaikan cukai rokok dan alkohol.
Ke arah usaha mengukuhkan Agenda Nasional Malaysia Sihat, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan duti eksais ke atas produk tembakau dan minuman beralkohol berkuat kuasa 1 November 2025.
Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kadar perokok dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.
“Bagi mengurangkan prevalens perokok di Malaysia, kadar duti eksais ke atas produk rokok dinaikkan berkuat kuasa mulai 1 November 2025,” kata Anwar semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
Ujarnya, kadar duti eksais bagi rokok akan dinaikkan sebanyak 2 sen sekotak.
Manakala, produk cigar, cheroots dan cigarillo akan dikenakan kenaikan 40 ringgit per kilogram, dan produk tembakau yang dipanaskan (heated tobacco) akan dinaikkan sebanyak 20 ringgit per kilogram kandungan tembakau.
Bagi mengurangkan akses kepada minuman beralkohol, kadar duti eksais ke atas produk minuman keras juga akan dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai tarikh yang sama.
Sebagai langkah sokongan kepada perokok yang ingin berhenti, kerajaan turut melanjutkan tempoh pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk terapi gantian nikotin, termasuk ‘nicotine mist’ dan ‘nicotine lozenges’, sehingga 31 Disember 2027.
“Hasil tambahan yang diperoleh daripada kenaikan cukai rokok dan minuman keras ini akan diagihkan kepada Kementerian Kesihatan,” jelas Anwar.
Dana tersebut akan diperuntukkan khusus untuk inisiatif seperti Inisiatif Kesihatan Paru-Paru serta rawatan bagi penyakit diabetes dan jantung.
Meneruskan prinsip ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’, kerajaan juga mencadangkan supaya pelepasan cukai pendapatan individu untuk perbelanjaan pemvaksinan diperluas.
Cadangan ini akan meliputi semua jenis vaksin yang didaftarkan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan, sekali gus menggalakkan lebih ramai rakyat mendapatkan perlindungan vaksin.
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum