Kerajaan tak perkenal cukai baharu tambah pendapatan, perangi ketirisan: PMX

October 13, 2025 · Isu semasa

Kerajaan komited untuk menambah pendapatan negara dengan membendung ketirisan hasil berpunca daripada rasuah dan penyeludupan, dan bukannya dengan memperkenalkan cukai baharu yang membebankan rakyat, tegas Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata pendekatan menangani ketirisan telah membuahkan hasil apabila kerajaan berjaya menjimatkan sebanyak RM15.5 bilion dalam tempoh dua tahun melalui tindakan tegas terhadap kegiatan tidak sihat tersebut.

Penjimatan besar ini membolehkan kerajaan menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada program bantuan rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan pendidikan serta kenaikan gaji penjawat awam.

“Ramai tanya, dari mana datangnya duit tambahan ini? Jawapannya mudah, daripada wang yang kita selamatkan.

“Wang rakyat yang dulunya bocor kerana rasuah dan penyelewengan, kini kembali kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Menurut Anwar, jumlah ketirisan tersebut bukan nilai yang kecil tetapi melibatkan sejumlah hasil negara sangat besar.

Kita bayangkan, dua tahun kita dapat selamatkan RM15.5 bilion. Itu bukan angka kecil, hasil daripada kita kawal rasuah, kawal penyeludupan dan ketirisan,” tambahnya lagi.

Ujarnya lagi, kejayaan ini membuktikan bahawa peningkatan hasil negara tidak semestinya datang melalui kenaikan cukai, sebaliknya melalui pentadbiran yang berintegriti, cekap dan berani.

Beliau memberikan contoh langkah kerajaan menghapuskan monopoli dalam industri ayam yang berjaya menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM1.1 bilion setahun.

Mengenai rasionalisasi subsidi, Anwar menerangkan pendekatan berhemah kerajaan dengan menurunkan harga RON95 untuk rakyat tempatan, sambil melaksanakan kawalan terhadap kenderaan asing yang dijangka menjimatkan sehingga RM3 bilion setahun.

Anwar turut menegaskan perjuangan membanteras rasuah ini bukan satu tugas yang mudah dan pasti tidak disenangi oleh semua pihak.

“Orang yang kaya kerana rasuah, penyeludupan atau hidup atas subsidi palsu, tentu tak senang dengan usaha kita. Tapi saya tidak akan undur,” katanya.

Beliau turut mengingatkan para penjawat awam, terutamanya ketua jabatan, agar tidak melindungi sebarang bentuk penyelewengan, menekankan kecekapan kerajaan bermula dengan kawalan rasuah dan penyeludupan yang efektif.

Berita berkaitan
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
8 jam lalu· Isu semasa
Keperluan bahan api dalam negara diutamakan sebelum bekal kepada Australia: PMX
18 jam lalu· Isu semasa
Malaysia hargai sokongan Australia mengenai Gaza: PMX
18 jam lalu· Isu semasa
Isu harga minyak: Pemuda PKR kritik kenyataan Hadi, sifatkan sekadar retorik
April 15, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
9 jam lalu · Isu semasa
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
18 jam lalu · Isu semasa
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
18 jam lalu · Isu semasa
Pemandu bas, teman wanita direman kes video tular riba sambil memandu
18 jam lalu · Isu semasa
Tin makanan jadi helah seludup syabu bernilai RM3 juta, lima ditahan
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok