Wan Saiful Wan Jan.
Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengambil tindakan tegas dengan memecat lima ahlinya dan menggantung keahlian seorang Ahli Parlimen ekoran pelanggaran disiplin parti.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan yang sebelum ini lantang mengkritik pemimpin tertinggi parti dipecat serta-merta, sementara Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung keahliannya selama satu penggal kerana turut terlibat sama mengkritik secara terbuka.
Sementara itu, empat lagi yang dipecat merupakan Ketua Bahagian Bersatu.
Tindakan tersebut dibuat selepas lembaga tersebut menyiasat aduan bertulis yang diterima daripada ahli-ahli parti terhadap responden terbabit.
Sesi pendengaran telah diadakan pada 8 Oktober lalu bagi membolehkan semua pihak memberikan penjelasan.
Menurut kenyataan media lembaga berkenaan, semua responden didapati bersalah melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu serta Kod Etika & Tatakelakuan Ahli.
“Keputusan ini dibuat berdasarkan siasatan yang telah dijalankan serta pertimbangan yang sewajarnya tanpa melibatkan mana-mana campur tangan pihak lain. Lembaga sentiasa bertindak secara telus, adil, dan berlandaskan Perlembagaan Parti,’ kata jurucakap Lembaga Disiplin.
Beliau turut mengingatkan, mana-mana ahli yang dihukum berhak untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari.
Lembaga Disiplin turut menyeru semua ahli Bersatu agar sentiasa mematuhi perlembagaan dan peraturan parti bagi menjaga nama baik dan maruah Bersatu.
Tindakan tegas ini dilihat sebagai langkah untuk mengekang sebarang bentuk pelanggaran disiplin dalam parti.
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
Hanya mohon sokongan pengundi awal, bukan beri arahan
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih