Kejadian seorang pelajar perempuan maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya minggu lalu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat secara mendalam berhubung kejadian seorang pelajar perempuan maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pagi tadi.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dalam satu kenyataan, menyifatkan penubuhan jawatankuasa itu bagi memastikan siasatan dilakukan secara tuntas, telus dan adil.
“Kes ini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa dan suspek telah ditahan polis. KPM akan berkerjasama penuh dalam proses siasatan yang sedang berjalan,” katanya dipetik laporan media.
“Pasukan kaunselor serta guru bimbingan dan kaunseling telah digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah berkenaan,” tambahnya.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan mereka diberikan kekuatan.
Menurut laporan awal, mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Empat dipercayai ditikam beberapa kali oleh seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di luar bilik darjah, kira-kira jam 9.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, mengesahkan polis telah merampas dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
“Siasatan awal mendapati terdapat beberapa tikaman di bahagian badan mangsa. Apabila laporan postmortem keluar nanti, kita akan tahulah berapa jumlah tikaman yang sebenar,” jelasnya.
Suspek kini ditahan untuk membantu siasatan lanjut manakala KPM terus komited untuk memastikan keadilan ditegakkan dan kesejahteraan warga sekolah dipulihkan.
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri