NADI on Wheels (NOW) dilancar di Sabah, pacu kemajuan digital luar bandar

October 15, 2025 · Isu semasa

Inisiatif kerajaan bagi membawa kemudahan digital terus ke kawasan pedalaman Sabah menjadi kenyataan dengan pelancaran NADI on Wheels (NOW) peringkat negeri oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, di Sipitang hari ini.

Program yang dilancarkan sempena Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sindumin itu merupakan komitmen berterusan untuk memastikan tiada komuniti tercicir dalam arus pembangunan negara.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), NOW berfungsi sebagai pusat bergerak yang membawa kemudahan teknologi dan perkhidmatan komuniti secara langsung kepada penduduk di kawasan sukar dicapai.

“NOW merupakan pusat bergerak yang direka untuk membawa kemudahan teknologi dan perkhidmatan berasaskan komuniti terus kepada rakyat khususnya di kawasan pedalaman.

“Kenderaan ini dilengkapi satelit Starlink berkelajuan tinggi, komputer riba, tablet, projektor, tenaga solar mudah alih serta sistem Wi-Fi percuma,” menurut MCMC.

“NOW turut menyediakan ruang interaktif bagi aktiviti latihan dan pembelajaran komuniti, sekaligus menyantuni rumah anak yatim, OKU, masyarakat Orang Asli dan komuniti terpencil agar mereka juga menikmati kemajuan teknologi,” tambahnya.

Kejayaan inisiatif digital Malaysia di peringkat global turut dibuktikan apabila NADI Pulau Banggi memenangi kategori Pembinaan Kapasiti di Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat 2025 di Geneva, mengukuhkan reputasi negara dalam memperkasakan komuniti melalui teknologi digital.

Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya, Pengerusi Panel Penasihat NADI akan dilantik bagi Parlimen Sipitang dan Beaufort untuk memantau operasi dan menyalurkan pandangan strategik.

Program HBK di NADI Sindumin turut dimeriahkan dengan pameran keusahawanan komuniti, program kesedaran digital dan pemeriksaan kesihatan percuma, hasil kerjasama strategik dengan PERKESO, MyFutureJobs dan Akademi Kenegaraan Malaysia.

“Inisiatif ini diharap menjadi pemangkin kepada peningkatan kemahiran, ilmu dan sosioekonomi komuniti luar bandar, selaras dengan matlamat kerajaan untuk memastikan semua lapisan masyarakat menikmati peluang yang sama,” menurut MCMC.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mohamad Fauzi Md Isa; Ahli Parlimen Sipitang, Matbali Musah; serta wakil MCMC dan pemimpin masyarakat setempat.

Berita berkaitan
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
16 jam lalu· Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
August 24, 2026· Isu semasa
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
August 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
4 jam lalu · Isu semasa
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
8 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
8 jam lalu · Isu semasa
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
15 jam lalu · Isu semasa
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok