Dua MP UMNO diberi amaran jika bertanding atas tiket GRS semasa PRN Sabah

October 16, 2025 · Politik

Dua Ahli Parlimen UMNO di Sabah, Shahelmey Yahya dan Andi Muhammad Suryady Bandy, bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk denda mencecah RM100 juta sekiranya mereka bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Amaran keras itu diberikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Aysraf Wajdi Dusuki, yang menjelaskan kedua-dua wakil rakyat tersebut terikat dengan bon perjanjian yang ditandatangani sebelum menerima watikah calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Jika mereka keluar daripada parti dengan maksud bertanding mewakili GRS, dengan sendirinya kontrak yang mereka tandatangani dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terpakai.

“Ini bermakna mereka kena membayar balik ganti rugi sebanyak RM100 juta kepada parti,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Aysraf Wajdi, jumlah besar itu merupakan nilai bon perjanjian dan ganti rugi yang telah dipersetujui serta dimeterai di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

“Itulah nilai yang sudah dipersetujui serta dimeterai sebelum mereka menerima watikah calon Parlimen dalam PRU lalu,” katanya.

Isu ini tercetus ekoran desas-desus yang mengatakan kedua-dua ahli parlimen berkenaan mungkin bertanding di bawah GRS yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

Hajiji sendiri sebelum ini dilaporkan menyatakan kesediaan gabungannya untuk menerima Shahelmey dan Andi Suryady.

Namun, sekiranya mereka mengambil langkah tersebut, mereka terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing kerana kerusi itu dimenangi atas tiket BN.

Kedua-duanya telah digantung keahlian dalam UMNO selama enam tahun sejak awal 2023 berikutan krisis Langkah Kinabalu.

Berita berkaitan
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
9 jam lalu· Politik
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
9 jam lalu· Politik
Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak
15 jam lalu· Politik
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
19 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
15 jam lalu · Politik
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
19 jam lalu · Politik
Johari tegur menteri gagal jawab soalan Ahli Parlimen
19 jam lalu · Politik
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
November 22, 2026 · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
November 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok