Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Sebagai langkah proaktif menangani kebimbangan mengenai isu buli dan keganasan di institusi pendidikan, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menempatkan anggota polis di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Cadangan ini dikemukakan susulan peningkatan insiden disiplin yang membimbangkan di sekolah, yang sering dikaitkan dengan kegiatan buli sehingga ada yang membawa kepada insiden meragut nyawa pelajar, sekali gus menjejaskan imej sekolah sebagai tempat selamat untuk belajar.
Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat kabinet hari ini, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata perbincangan tersebut adalah dalam konteks memastikan peranan pasukan keselamatan sentiasa aktif di peringkat akar umbi.
“Langkah ini bertujuan memastikan kehadiran polis di sekolah berfungsi sebagai isyarat bahawa sekolah-sekolah kita adalah tempat yang selamat,” jelas Fahmi semasa sidang media mingguan hari ini.
“Ini adalah antara inisiatif yang dilihat boleh memberikan keyakinan kepada ibu bapa, pelajar dan warga sekolah tentang komitmen kerajaan dalam menangani isu disiplin ini,” tambahnya.
Langkah berani ini dilihat sebagai respons kepada desakan umum bagi menangani isu buli dan keganasan yang semakin merunsingkan, terutamanya selepas berlakunya beberapa insiden tragik yang melibatkan kecederaan serius dan kematian dalam persekitaran sekolah.
Menurut Fahmi, kenyataan penuh serta butiran terperinci mengenai pelaksanaan cadangan ini akan dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada masa akan datang.
Langkah ini dijangka mencetuskan perbincangan meluas mengenai kaedah terbaik memulihkan keamanan dan keselamatan di sekolah.
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum