Kes polis.
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 14 tahun yang didakwa menikam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama akan disambung esok.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, mengesahkan suspek yang juga pelajar tingkatan tiga itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pukul 8 pagi untuk permohonan reman kali kedua.
“Perintah reman suspek akan tamat esok, dan polis akan memohon sambung reman kedua,” jelas Shamsudin dalam satu kenyataan.
Beliau turut memaklumkan bahawa kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya buat pertama kali pada Rabu ini.
Sehingga kini, siasatan polis telah merakamkan keterangan daripada sejumlah 148 orang saksi untuk membantu menyiasat kes berkenaan.
“Antara saksi yang dipanggil terdiri daripada pelajar, guru, kakitangan sekolah, kaunselor, serta keluarga mangsa dan suspek,” tambah Shamsudin.
Dalam pada itu, pihak polis masih menunggu laporan penuh patologi yang dijangka mengambil masa antara satu hingga tiga bulan untuk disiapkan sebelum sebarang pengesahan rasmi boleh dibuat.
Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
Mahkamah sekat Papagomo sebar kandungan didakwa memudaratkan
Pelaburan palsu punca kerugian tertinggi penipuan dalam talian
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar