Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim akan membawa isu kepentingan perdagangan Malaysia serta keamanan global, termasuk krisis di Gaza, dalam pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bermula hujung minggu ini.
Perdana Menteri berkata akan menggunakan peluang tersebut untuk membincangkan hal-hal berkaitan pelaburan dan perdagangan, serta menyampaikan pandangan peribadi beliau demi kebaikan Malaysia, AS dan dunia.
“Saya ingin menggunakan peluang ini sudah tentu, untuk melindungi kepentingan Malaysia dalam pelaburan perdagangan, juga untuk menyatakan beberapa pandangan peribadi tentang apa yang saya fikir baik untuk Malaysia, untuk AS, untuk dunia,” katanya semasa Forum Ilmu PNB 2025 hari ini.
Mengenai isu Gaza, Anwar mengakui usaha yang dilakukan Trump setakat ini namun menekankan perlunya tindakan lebih mendalam untuk memastikan keadilan untuk rakyat Palestin.
“Kita mesti menerima hakikat Trump sudah melakukan tindakan besar dalam menghentikan pengeboman haram di Gaza.
“Tetapi cabaran kita sudah tentu, adalah untuk memastikan keamanan berlaku, keadilan ditegakkan, dan akhirnya, kepentingan serta aspirasi dan hak diberikan kepada Palestin,” tegasnya.
Turut dibangkitkan Anwar ialah peranan Malaysia dalam ASEAN yang berpaksikan prinsip pemusatan, bagi memastikan rantau ini kekal sebagai pusat dialog dan kerjasama global yang aktif.
“Sebagai sebuah negara perdagangan, kami berkembang bukan sahaja dengan Eropah, Asia dan Amerika, tetapi juga dengan Amerika Latin dan Afrika Selatan,” ujarnya.
Beliau turut menyebut kehadiran dua pemimpin penting buat kali pertama dalam rangka kerja rakan dialog ASEAN, iaitu Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ini dijangka menyaksikan perhimpunan pemimpin dunia terbesar setakat ini, sekaligus menandakan penganjuran terbesar sejak edisi pertamanya pada 1976.
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
MB Negeri Sembilan: Tiada calon lain selain Tok Min
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik