Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi.
Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengelak daripada kemungkinan ditinggalkan oleh MIC, menurut Puad Zarkashi.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata jika khabar angin MIC keluar BN menjadi kenyataan ia tidak akan memudaratkan kelangsungan gabungan tersebut sama sekali.
“Jika benar, Vigneswaran dan Saravanan telah mencipta sejarah kerana membawa MIC keluar dari BN,” katanya mengulas laporan yang mendakwa MIC akan meninggalkan gabungan itu bulan hadapan.
Beliau mengakui bahawa BN memang tidak boleh lari daripada hakikat itu, memandangkan banyak parti telah berbuat demikian selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.
“Bahkan ada yang meninggalkan UMNO secara berkumpulan dan individu. Itu tidak membunuh BN,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu lagi.
Menurut Puad, ini merupakan masa terbaik untuk membina semula BN selepas 2018.
Beliau menyatakan, BN masih mempunyai rakan-rakan yang kukuh yang mewakili kepentingan kaum India, seperti Makkal Sakti, MIUP, PPP, Parti Punjabi, dan KIMMA.
“MIC membantah parti-parti tersebut menjadi ahli penuh BN. Sedangkan MIC sendiri gagal menarik sokongan orang India kepada BN. Maka, biarlah MIC pergi,” katanya.
Puad turut mempersoalkan kemampuan MIC untuk bergerak secara solo.
“Tidak mungkin MIC bergerak solo. Ia masih memerlukan sokongan orang Melayu. Bolehkah MIC mendapat sokongan Melayu melalui PN? Jangan nanti yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran,” tambahnya lagi.
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
Parti Rafizi terlalu taksub kritik kerajaan, tiada formula bantu rakyat: AMK
Bukankah FELDA diurus Pengerusi dan Menteri UMNO? DAPSY persoal dakwaan MB Johor
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar