Wong Chen belum buat keputusan tinggalkan PKR

23 jam lalu · Politik

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen memberi bayangan mungkin meninggalkan PKR, namun menegaskan keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas mendapatkan pandangan penduduk di kawasannya serta restu daripada keluarga.

Menurut Chen, keputusan mengenai masa depan politiknya itu memerlukan pertimbangan yang teliti memandangkan ia melibatkan langkah besar dalam kerjayanya sebagai wakil rakyat.

“Saya tahu ramai yang mahu saya buat keputusan dengan segera. Tetapi saya masih menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan pada masa sama perlu membuat keputusan yang besar.

“Saya sekarang sedang berjumpa dengan penduduk melalui sesi teh tarik. Saya mahu mendengar sendiri pandangan mereka sebelum membuat keputusan,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Kancil Parti Bersama Malaysia (Bersama) di Negeri Sembilan pada malam Sabtu.

Beliau turut memaklumkan akan pulang ke Kelantan pada masa terdekat untuk bertemu ibu bapanya bagi mendapatkan pandangan mereka sebelum menentukan hala tuju politiknya.

“Yang penting saya kena bincang dengan keluarga saya, hendak minta izin ibu dan ayah. Ahad minggu hadapan, saya akan balik Kelantan sekejap jumpa ibu ayah tentang keputusan untuk buat apa selepas ini,” katanya.

Dalam ucapannya, Chen turut menyentuh kedudukannya dalam PKR dan secara berseloroh berkata adalah lebih mudah sekiranya parti itu mengambil tindakan terhadapnya.

“Sebaiknya dia (PKR) pecat saya, senang. Kalau dia tak berani hendak pecat, saya yang kena buat keputusan. Saya cuma minta semua bersabar sedikit lagi, keputusan itu akan saya umumkan tidak lama lagi,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan sebarang perselisihan yang berlaku antara dirinya dan PKR tidak seharusnya menjejaskan kepentingan rakyat, khususnya penduduk di kawasan Parlimen Subang yang diwakilinya.

Menurut beliau, jika terdapat sebarang masalah atau perbezaan pendapat dengan parti, perkara itu perlu diselesaikan menerusi saluran dalaman parti tanpa melibatkan jentera kerajaan.

“Kalau PKR dengan saya sudah tak ngam, ini merupakan hal dalaman PKR. Jadi kalau gaduh, selesaikan gaduh melalui proses parti. Kalau saya salah, parti boleh tunjuk mana kesalahan saya,” katanya.

Beliau turut mengingatkan parti politik dan kerajaan merupakan dua entiti yang berbeza serta tidak boleh dicampur adukkan dalam menyelesaikan pertikaian politik.

“Saya hendak ingatkan PKR dan PMX, parti PKR dan kerajaan bukan entiti yang sama. Parti bukan kerajaan, kerajaan bukan parti.

“Kalau gaduh isu parti, kena selesai melalui parti. Kalau pakai kerajaan untuk hukum saya dan penduduk Subang tanpa sebab dan alasan, itu namanya salah guna kuasa. Adakah ini cara kerajaan Madani?” katanya.

Chen merupakan antara pemimpin PKR yang lantang menyuarakan pandangan mengenai pelbagai isu dasar kerajaan sejak kebelakangan ini.

Berita berkaitan
PKR sahkan bertanding 16 kerusi di Negeri Sembilan, 20 di Johor
18 jam lalu· Politik
UMNO nafi dakwaan jadi punca kerajaan Negeri Sembilan tidak stabil: Asyraf Wajdi
18 jam lalu· Politik
Negeri Sembilan stabil, tapi ada yang cuba jatuhkan kerajaan: PMX
23 jam lalu· Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
June 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Nie Ching tegur bahasa digunakan ketua pengarah JKOM baharu
June 15, 2026 · Politik
Zaid dahulu pernah cabar hukum hudud, Amanah persoal pendirian selepas masuk PAS
1 jam lalu · Politik
PAS didakwa menipu, Rosli bukan bekas pengerusi Amanah NS: Hasbie
15 jam lalu · Politik
Syam Ghaz akan ambil tindakan undang-undang terhadap Lim Sian See
15 jam lalu · Politik
Zaid ‘katak politik’, sertai PAS bukan kejutan: Khaled Nordin
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok