Istana Johor penentu siapa jadi Menteri Besar selepas PRN: Onn Hafiz

June 18, 2026 · Politik

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menegaskan status sebagai “poster boy” Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bukan jaminan untuk terus menerajui kerajaan negeri sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

Menurut beliau, pelantikan Menteri Besar tetap tertakluk kepada perkenan Sultan Johor atau Pemangku Sultan Johor selaras dengan amalan dan peruntukan yang ditetapkan.

“Sebagai Menteri Besar, saya akan dilihat sebagai poster boy, its very natural. Tapi kita jelas bahawa apa pun keadaan, yang akan menentukan siapa Menteri Besar ialah Sultan Johor atau Pemangku Sultan Johor. Perkenan Istana Johor sangat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di kediamannya di Saujana selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Dalam pertemuan itu, Onn Hafiz turut berkongsi pesanan Istana Johor yang mahu semua pihak bertanding pada PRN kali ini mengekalkan budaya politik matang serta menghormati antara satu sama lain sepanjang tempoh berkempen.

Menurutnya, Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Ismail mengingatkan Johor perlu terus menampilkan identitinya yang tersendiri dengan mengutamakan adab dan tertib dalam berpolitik.

“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Sultan Johor mengingatkan saya, ‘Datuk, Johor mesti jadi Johor’, maksudnya dari segi adab kita berkempen, tertib kita berkempen mesti melambangkan cara kita,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan politik sederhana yang diamalkan di Johor bukan sesuatu yang baharu, malah telah lama menjadi budaya termasuk dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Katanya, walaupun terdapat perbezaan pandangan politik, ia tidak seharusnya diterjemahkan melalui penghinaan, maki hamun atau tindakan yang mencetuskan ketegangan.

“Tak perlu maki hamun, tak perlu caci maki atau menghina sesiapa. Memberikan pendapat memang sepatutnya berlaku, tetapi cara bagaimana kita menyampaikannya sangat penting.

“Itulah sebabnya Tuanku kata, jaga adab, jaga tertib bila dalam musim pilihan raya ini,” katanya.

PRN Johor ke-16 diadakan susulan pembubaran DUN Johor dan bakal menyaksikan persaingan sengit antara beberapa gabungan utama bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai. Hari pengundian pula ditetapkan pada 11 Julai.

Berita berkaitan
Tiada arahan sekat Onn Hafiz masuk ke FELDA: Zahid
June 24, 2026· Politik
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
11 jam lalu· Politik
PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?
18 jam lalu· Politik
Tun Faisal gesa Samsuri lapor polis isu dua kenyataan media berbeza di FB
18 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
June 24, 2026 · Politik
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
11 jam lalu · Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
11 jam lalu · Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
18 jam lalu · Politik
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok