Dihalang masuk Sabah, Albert failkan prosiding hina mahkamah pada Hajiji

October 24, 2025 · Politik

Ahli perniagaan, Albert Tei, telah memfailkan permohonan untuk perintah hina mahkamah terhadap Ketua Menteri Sementara Sabah, Hajiji Noor, berikutan dua insiden dihalang memasuki negeri itu untuk menghadiri prosiding kes jenayahnya.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini dan dijadualkan untuk didengar pada 24 November ini.

Dalam afidavit sokongannya, Tei mendakwa dihalang masuk oleh pegawai imigresen semasa ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 22 September dan 23 Oktober lalu.

Beliau mendakwa, arahan larangan itu diberitahu datang secara langsung dari pejabat Ketua Menteri.

Beliau berkata, tindakan itu secara langsung menghalangnya daripada hadir ke mahkamah bagi prosiding kes jenayah yang sedang dihadapinya.

“Tindakan responden (Hajiji) mengarahkan dan menyebabkan penerusan larangan masuk serta menyekat kemasukan sah pemohon (Tei) untuk menghalang kehadirannya di mahkamah, yang melanggar haknya, merupakan campur tangan yang disengajakan terhadap pentadbiran keadilan yang sewajarnya,” menurut dokumen permohonan tersebut.

“Arahan responden atau campur tangan terhadap pentadbiran keadilan ini melanggar hak asasi pemohon yang dijamin bawah Perlembagaan Persekutuan, termasuk hak untuk perbicaraan yang adil dan akses kepada keadilan,” tambahnya lagi.

Beliau memberi amaran jika tindakan seumpama ini tidak dikawal, ia boleh mencipta duluan berbahaya yang membenarkan campur tangan eksekutif dalam urusan kehakiman.

Bagaimanapun, kenyataan daripada Jabatan Imigresen Sabah semalam menyatakan Tei dihalang masuk kerana didakwa menyatakan tujuan lawatannya adalah untuk bersiar-siar dan berjumpa rakan, dan gagal memberikan dokumen berkaitan kes mahkamahnya.

Untuk rekod, Tei sedang berdepan dua pertuduhan rasuah yang melibatkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah di mahkamah.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
3 jam lalu· Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
3 jam lalu· Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
3 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
17 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
18 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
18 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
18 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok